Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.
"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.
"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.
Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377C.
Menurut Karpal, adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.
Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku mendakwa untuk menetapkan pertuduhan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.
Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan ke hari ini dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.
Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.
"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.
"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.
Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.
Melalui soalan balas Karpal Singh.. nampaknya Anwar bersungguh mahu terlepas sodomy II secara teknikal, sepertimana Sodomy I.

No comments:
Post a Comment