Saturday, May 15, 2010

MP Kapar S. Manikavasagam Akan Keluar PKR

Berasas pengakuan rakan S. Manikavasagam wakil rakyat Kulim-Bandar Bharu Zulkefli Norrdin bahawa wakil rakyat Kapar itu akan keluar PKR dalam masa terdekat.

Berdasarkan pengakuan sendiri YB Kulim itu melalui wawancaranya dengan TV3 petang tadi, YB Kapar itu telah membuat pengakuan sendiri bahawa akan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

Alasan yang diberikan adalah serupa dengan wakil-wakil rakyat PKR yang telah mengistiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, yakni telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR terutama Anwar Ibrahim.

Sebelum ini YB Kapar itu telah memberi kata dua kepada Khalid Ibrahim agar membersihkan semua bentuk rasuah yang terdapat dalam GLC kerajaan Selangor yang dilakukan oleh kalalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

No comments:

Blog Archive