Saturday, May 08, 2010

MP Kapar Pula Kali Ini Buat Lawak: Bagi Tempoh 72 Jam Pada Khalid Ibrahim

TV3.. melalui berita utama pulul 8 tadi menyiarkan perbualan dengan MP Kapar S-Manikavasagam mengenai rasuah yang berleluasa bagi pegawai-pegawai atasan kumpulan Semesta Sdn Bhd anak syarikat kerajaan Selangor.

Melalui percakapan telepon itu, MP Kapar itu memberi tempoh 72 jam kepada Khalid agar membersihkan bentuk rasuah yang terdapat dalam GLC Kerajaan Selangor itu, jika tidak dia akan membongkar semua bentuk rasuah itu.

Sebelum ramai bloger menyiarkan sms yang berbunyi seperti berikut yang dikatakan dikirim oleh MP PKR itu.

Berikut adalah isi kandungan sms tersebut ;
MP Kapar - S Manikavasagam beri masa 72 jam kpd MB Tan Sri Khalid untuk bersihkan "kotoran" dikalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Terlalu banyak "Corruption" dilakukan! Jika benar PKR bencikan "rasuah" hentikanlah & MB harus "bersihkan" rumah sendiri dulu! Tindakan segera mesti dibuat oleh MB terhadap mereka sblum MP Kapar "MEMBONGKARKAN" semuanya!

Kami tidak mahu ada dikalangan ahli PKR terutama 'pucuk pimpinan' mengamalkan budaya tidak sihat ini.

JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

No comments:

Blog Archive