Saturday, May 01, 2010

Jambatan Bengkok Dibatal; Kawasan Minyak Diberi; BN Hampir Rebah, APA Lagi,? Kini Petronas Disusupi Petualang?

APA lagi? Jabatan bengkok dibatal. Kawasan minyak dibagi. Petronas disusupi mantan pembangkang yang sosialis.

Walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah menandatangani perjanjian persempadanan laut dan darat dengan Brunei pada Mac 2009 di mana pertindihan dua medan eksplorasi menjadi milik Brunei selepas ia diluluskan Kabinet Malaysia sebulan sebelum itu.

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, bekas perdana menteri mengesahkan bahawa konsesi Blok L dan Blok M kini adalah milik Brunei tetapi perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun.

"Kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna bahawa bahawa dari segi sumber minyak dan gas, perjanjian ini bukan satu kerugian bagi Malaysia, kata Abdullah yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan pada 15 dan 16 Mac tahun lepas sebelum meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dua minggu kemudian pada 3 April.

Abdullah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata Abdullah telah menyerahkan dua blok itu dalam perundingan dengan Sultan Brunei bagi pertukaran untuk Limbang yang merentangi sempadan Sarawak-Brunei.

Dr Mahathir berkata kehilangan dua blok menelan kos Malaysia sekurang-kurangnya US$100 bilion (RM320 bilion) daripada anggaran simpanan hampir satu bilion tong minyak.

Dr Mahathir juga berkata Brunei telah menafikan bahawa ia bersetuju untuk melepaskan Limbang dan Abdullah tidak menyebut mengenai dua blok itu apabila mengumumkan bahawa beliau telah menyelesaikan tuntutan ke atas Limbang.

Minggu lepas, Murphy Oil Corp yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memberhentikan kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok L dan M kerana mereka "bukan lagi sebahagian daripada Malaysia".

Abdullah, yang mendedahkan butiran terperinci perjanjian itu bagi pertama kali, berkata beliau telah menandatangani Pertukaran Surat dengan Sultan Brunei pada 16 Mac tahun lepas bagi mengambil langkah-langkah tertentu yang akan menetapkan sempadan darat dan laut yang kekal antara Malaysia dan Brunei.

"Sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya menandatangani Pertukaran Surat itu dengan Sultan Brunei setelah kabinet Malaysia meluluskan urusan itu pada 11 Februari 2009," katanya.

Kedua-dua pihak bersetuju menjalankan kajian untuk menetapkan sempadan yang dipersetujui dan yang akan menjadi muktamad dan kekal. Urusan ini akan dibuat mengikut dua cara.

Pertama, kajian bersama itu akan mengesahkan sempadan dalam lima sektor yang sudahpun ditetapkan menerusi perjanjian-perjanjian sebelum ini pada 1920, 1931, 1933 (dua perjanjian berasingan) dan 1939.

Kedua, dalam sektor lain yang belum mempunyai perjanjian sempadan darat, kajian bersama itu akan menetapkan sempadan darat berdasarkan prinsip aliran air.

"Apabila keseluruhan urusan persempadan darat selesai, satu sempadan yang muktamad dan kekal akan ditetapkan antara Sarawak di bahagian Malaysia dan Brunei di satu pihak lagi.

Apabila ini dicapai, tidak akan berlaku lagi pertikaian sempadan darat antara Brunei dan Malaysia. Isu yang berlarutan ini, yang yang menjadi satu aral dalam hubungan antara Malaysia dan Brunei, akan diselesaikan tanpa merugikan kedudukan Malaysia," katanya.

Mengenai kawasan maritim, beliau berkata Malaysia dan Brunei juga bersetuju menetapkan satu sempadan yang muktamad dan kekal.

"Perjanjian ini akan menyelesaikan isu tuntutan bertindih yang timbul sebelum ini termasuk di kawasan blok konsesi dikenali Blok L dan Blok M.

"Hak kedaulatan bagi sumber di kawasan ini kini menjadi milik Brunei. Bagaimanapun, untuk kawasan ini, perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun," katanya.

Abdullah berkata kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna bahawa daripada segi sumber minyak dan gas, perjanjian itu tidak merugikan Malaysia.

Misalnya kalau jambatan bengkok tak batal.. agak-agak negera dan rakyat dapat faedah tak? Kalau dari segi memperlancar arus barang antara Singapura dan Johor, tentu negara dan rakyat ini untung. Kenapa untung: pertama tak jam, kedua barang cepat sampai, ketiga banyak barang yang dapat dihantar dalam masa tertentu, keempat menjadi tarikan pelancong. AYT rasa, jika jambatan bengok (gambar) tidak dibatalkan, mungkin pada masa ini hampir siap. Negara akan terkenal di dunia, sama dengan ketika KLCC dibangun dan dibuka.

Walau bagaimanapun, mari kita ikuti kenapa jambatan bengok itu terbatal. Kisahnya begini:-

Sebelum Pak Lah buat keputusan pada 12 April 2006 membatalkan Projek Jambatan di Tebrau bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula itu, Pak Lah terlebih dahulu membuat kenyataan pada 10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial Tun Hussein Onn, di Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur seperti berikut:

“Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru sama ada bengkok, lurus atau herot”.

Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti berikut:

“Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan implikasi yang serius. Sebaliknya pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan perhubungan Malaysia-Singapura lebih baik.”

Demikian kata YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Singapura George Yeo di Parlimen Singapura pada 2 Mac 2006.

Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas. Rakyat juga tidak pernah membantah terhadap projek Jambatan Johor yang sudahpun mula dilaksanakan itu. Malah rakyat cukup sedar bahawa pembinaan Jambatan itu akan membawa faedah yang besar kepada negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.

Tetapi 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3 Mac 2006 itu, Pak Lah telah buat kenyataan yang memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006 seperti berikut:

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”

Putrajaya 12 April 2006

Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu lagi kenyataan iaitu:

“Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan, ia keputusan politik. Kita tidak boleh mengenepikan perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk rakyat.”

Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya 22 hari sebelum itu.

Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu kemudian mengundang berbagai kontroversi terutama sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan hingga sekarang ini.

Kata Pak Lah, pembatalan jambatan itu adalah untuk mengelak implikasi dan komplikasi undang-undang yang boleh timbul. Tetapi sebaliknya pembatalan jambatan itu kini menimbulkan implikasi kewangan dan komplikasi yang lain pula.

Pak Lah kata pembatalan projek itu boleh menjimatkan kos. Ini tidak benar. Kita perlu ambilkira fakta berikut:

Bayaran ganti rugi kepada Syarikat Gerbang Perdana.

Tuntutan Kerajaan Negeri Johor ke atas kawasan tanah yang telah diberi percuma dengan cara pertukaran atau 'swap’ dengan kawasan Tambak Johor, tetapi apabila projek itu dibatalkan Kerajaan Negeri Johor menuntut balik kawasan tanah atau ganti rugi bagi projek yang tidak jadi itu.

Oleh kerana jambatan sudah batal, maka perlu pula membina jejambat baru untuk menghubungi pusat CIQ yang telah siap dibina dengan Tambak Jahor (jejambat ini tidak perlu jika projek jambatan tidak dibatalkan). Ini memakan kos yang lebih tinggi.

Tiga perkara ini akan melibatkan kos yang berlipat ganda lebih tinggi dari kos membina jambatan yang terbatal.

Jejambat baru untuk menghubungi Pusat CIQ dengan Tambak Johor perlu dibina merentasi kawasan pembangunan yang padat. Oleh yang demikian, jejambat baru itu melibatkan bayaran ganti rugi yang sangat tinggi kepada penduduk dan tuan tanah. Laluan jejambat baru itu pula terpaksa dibina tinggi dan sangat curam sehingga tidak dapat diguna oleh kenderaan berat seperti lori. Maka beberapa perubahan struktur perlu, untuk merendahkan ketinggian jejambat termasuk pengambilalihan kawasan pembangunan padat di bawah laluan jejambat secara paksa melalui proses ‘Land Acquisition’ dan menempatkan semula mereka yang menduduki kawasan yang terlibat. Kemudian semua jenis bangunan di kawasan itu perlu dirobohkan. Ini melibatkan kos yang lebih tinggi dari kos projek Jambatan Gerbang Perdana yang dibatalkan itu

No comments:

Blog Archive