Saturday, May 01, 2010

Hanya RM 4 Juta Pak Lah Boleh Jatuh???

Akibat pendedahan seorang bloger dimana sebelum ini adalah penyokong kuat Nik Aziz dan mantan pegawai Hussam Musa, maka berbagai pihak memperbesarkan pendedahan tersebut termasuk media aliran perdana.

Tidak ketinggalan SPRM memanggil Kickdefella untuk mendapatkan maklumat sebenar dakwaan RM 4 juta yang didakwa diberi oleh PAS Kelantan atas tujuan menjatuhkan Pak Lah.

Jika benar lah dakwaan tersebut, begitu mudah kah menjatuhkan Pak Lah?

AYT merasakan kejatuhan Pak Lah bukan kerana dakyah pembangkang atau disebabkan oleh 4 juta (kalau pun dakwaan itu benar) akan tetapi kelemahan pentadbiran Pak Lah itu sendiri. Selain kelemahan itu, kritikan Tun Mahathir yang bergitu hebat terhadap Pak Lah, terutama apabila Jambatan Bengkok dibatalkan.

Akibat kritikan Tun Mahathir dan cara pentadbiran Pak Lah yang Flip flop, menambahkan lagi cepatnya kejatuhan Pak Lah.

Ekoran keputusan PRU-12 di mana BN kehilangan Selangor negeri terkaya, Perak (walaupun kembali juga kepada BN), Pulau pinang dan Kedah. Keputusan PRU-12 juga menyaksikan kerajaan persekutuan kehilangan 2/3 kerusi di dewan rakyat.

Sebaik sahaja keputusan PRU-12 diumumkan dengan keputusan mengecewakan, maka orang pertama yang meminta Pak Lah mempertangungjawabkan keputusan itu adalah wakil rakyat Jerlun Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Kemudian itu, Tan Sri Muhyiddin semasa menjawab soalan wartawan di Singapura meminta Pak  Lah mengundurkan diri demi menyelamatkan BN juga menyumbang kepada kejatuhan Pak Lah.

Peranan Budak Tingkat 4 yang dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah juga sebahagian daripada faktor kejatuhan Pak Lah.

Pak Lah jatuh dan melemahnya kerajaanya bukan kerana pengaruh 4 juta yang dikendalikan yang kononnya diketuai oleh bloger Kickdafella.

Bagi AYT, sesebuah kerajaan tidak akan jatuh oleh pihak musuh. Yang membolehkan kerajaan itu jatuh kerana perbuatan orang-orang yang terlibat atau ada kaitan dengan kerajaan.

Pengelaman kerajaan Sabah boleh diambil contoh. Pemerintah USNO sekutu BN di negeri di bawah bayu itu jatuh pada tahun 1976 kerana angkara para pemimpin Usno seperti Harris Salleh yang keluar Usno. Tahun 1985 Kerajaan Berjaya jatuh kerana angkara keluarnya para pemimpin Berjaya menubuhkan Parti Bersatu Sabah (PBS). Tahun 1994 kerajaan PBS jatuh kerana keluarnya para pemimpin PBS.

Kesimpulannya, Pak Lah jatuh bukan kerana 4 juta, Pak Lah Jatuh kerana kebijakannya sendiri dan faktor para pemimpin di bawahnya.

No comments:

Blog Archive