Soalan: Jadi kalau begitu, boleh Datuk Seri beritahu sebenarnya dari mana Datuk Seri mendapat ilham untuk membuat gagasan seperti ini? (petikan daripada Bernama TV)
Jawapan: Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat sesuatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan. Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan (sesi) percambahan fikiran dan apabila saya mengariskan perkara ini, bila kita lakukan 'brainstorming', percambahan fikiran, timbullah idea Gagasan 1Malaysia ini.
Berasaskan kepada jawapan perdana menteri itu, dakwaan Anwar bahawa 1Malaysia telah mencontohi one israel gagasan mantan perdana menterinya Ehud Barak pada tahun 1999 adalah tidak benar.
Malah dalam parlimenpun Anwar tidak dapat menguraikan atau memberi jawapan yang tepat hubungan antara 1malaysia dan dengan negara Israel.
Anwar mensasarkan serangannya kepada 1Malaysia melalui juruperunding antarabangsa APCO Worldwide di mana menurut Anwar adalah dikuasai oleh orang-orang yahudi. APCO Worldwide dilantik oleh kerajaan Malaysia pada Ogos, 2009 sebagai penasihat kepada Malaysia dalam segi komunikasi antarabangsa terutama dengan Amerika Serikat dan Eropa.
Gagasan 1Malaysia timbul sebaik sahaja Najib dilantik ke jawatan Perdana menteri pada 3 April, 2009.
No comments:
Post a Comment