Apa istimewanya PRK Ulu Selangor baik kepada BN dan Pakatan?
Bagi BN PRK Ulu Selangor adalah pembuktian bahawa konsep 1Malaysia yang didakwa telah mula diterima pada PRK Bagan Pinang atas kemenangan Isa Samad pada oktober 2009 lalu.
Manakala Pakatan, ingin membuktikan bahawa rakyat masih menerima gabungan 3 parti DAP-PKR dan Pas.
Parti mana akan menang melalui PRK ini akan menjadi kayu pengukur bagi keupayaan antara parti BN dan Pakatan. Selain itu, pembuktian penerimaan bagi konsep 1Malaysia Najib dan Middle Malaysia Lim Guan Eng.
Barisanl Nasional dikatakan akan mengumumkan calonnya bagi PRK Ulu Selangor pada 15 April depan.
Sementara itu, PKR akan mengumumkan calonnya sebaik sahaja BN mengumumkannya.
Presiden MIC Samy Vellu diberitakan berkata,bahawa BN akan merampas semula kerusi Ulu Selangor,namun Wan Azizah juga yakin dapat mempertahankan Ulu Selangor.
Ulu Selangor boleh dikatakan sebagai kubu kuat barisan nasional, kerana pada PRU-12 lalu ke tiga-tiga DUN di menangi oleh BN.
Jumlah pengundi Ulu Selangor yang berdaftar pada tahun 2008 adalah seramai 63,593 dengan peratusan 53.94% Melayu, 26.67% cina, 18.98% India dan 0.41% lain-lain.
Pada PRU-12 lalu, calon BN- Datuk G. Palanivel mendapat undi 22,979,manakala Datuk Dr. Zainal Abdidin Ahmad (PKR) 23,177 undi. Calon PKR menang dengan majoriti 198. Peratusan pengundian pada PRU-12 bagi Ulu Selangor adalah 74.89%, manakala undi rosak 1,466 undi.
1. N5 - Hulu Bernam:Jumlah Pengundi: 17,549.Peratusan Kaum: M:67.7% C: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%
1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN) (7,985)2. Sukor Ali (Pas) (4,436)Majoriti: 3,549.Jumlah undi: 12,739.Peratus mengundi: 72.59%.Undi rosak: 318
2. N7 - Batang Kali.Jumlah Pengundi: 27,832.Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%.1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724).2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545).Majoriti: 2,179.Jumlah undi: 21,673.Peratus mengundi: 77.87%.Undi rosak: 404
3. N6 - Kuala Kubu Bharu.Jumlah Pengundi: 18,212.Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%.1. Wong Koon Mun (BN) (6,555).2. K. A. Ramu (DAP) (6,107).Majoriti: 448.Jumlah undi: 13,211.Peratus mengundi: 72.54%.Undi rosak: 549
Berasaskan kepada majoriti yang diperoleh oleh semua calon BN yang berjumlah 6,176, maka peluang BN merampas semula kerusi Ulu Selangor adalah cerah.
Kekalahan calon BN G. Palanivel, bukan kerana pengundi Ulu Selangor menolak BN, namun lebih kepada faktor calon.
Jika pada PRK kali ini, BN mencalon calon yang boleh diterima oleh pengundi Ulu Selangor, selain daripada G. Palanivel, maka kemenangan BN akan menjadi kenyataan.
Dalam perkembangan lain Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan dua mesyuarat penting hari ini tidak membincangkan calon yang bakal mewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Sebaliknya Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memutuskan untuk memberi mandat kepada jawatankuasa khas pemilihan, yang dipengerusikan oleh presiden parti untuk memilih calon.
“Kami memutuskan untuk memberi mandat kepada presiden memilih calon,” kata Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh kepada pemberita selepas berakhirnya mesyuarat MPP di ibu pejabat PKR di sini petang ini.
Susulan pertemuan petang ini barisan kepimpinan PKR dijangka akan berhimpun di kawasan Felda Tengi, Hulu Selangor untuk menghadiri program “Selamatkan Malaysia” - yang kedua di kawasan itu dalam tempoh lebih seminggu ini.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui wartawan melahirkan keyakinan untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor berdasarkan suasana sambutan di kalangan pengundi sekarang.
Bagaimanapun Wan Azizah mengakui bahagian Parlimen Hulu Selangor adalah “unik” memandangkan kesemua ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi Barisan Nasional (BN) manakala Parlimen pula oleh wakil PKR.
Ketika ditanya sama ada akan mengumumkan bakal calon sebelum Sabtu depan, seminggu sebelum penamaan calon pada 17 April, Wan Azizah berkata, “tengoklah Barisan Nasional (BN) umumkan dulu.”
“Kita akan tengok apabila tiba masa yang sesuai, kami akan mengumumkan nama calon,” katanya.
“Berbanding masa-masa lalu apabila kami menghadapi kesukaran mencari calon,” kata beliau yang turut menyifatkan ia perkembangan baik walaupun ada wakil-wakil rakyat keluar parti.
“Saya tidak boleh mengatakan dengan tepat sekarang kerana kita sudah bersetuju bahawa ini merupakan hak presiden, ketua umum dan jawatankuasa khas pemilihan yang dibentuk khas untuk memilih senarai calon,” katanya.
Nama yang disebut-sebutkan sebelum ini Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Cabang Kelana Jaya Syed Shahir Syed Mahmud yang juga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Ketua Cabang Sabak Bernam Badrul Amin, peguam N. Surendran dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.
Satu nama lagi ialah Nashruddin Abdul Aziz yang merupakan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor.
Tiga nama lain ialah naib ketuanya cabang itu Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat.
Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon BN Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

No comments:
Post a Comment