
Menteri Besar Kelantan itu terpaksa menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.
Kata MB Kelantan itu "Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya,"..
Beliau diminta mengulas mengenai laporan blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.
Blog itu mendakwa ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.
Bagaimanapun, Nik Aziz menempelak penulis blog terbabit yang menurutnya cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.
No comments:
Post a Comment