Ikuti apa kata Halik Zaman mantan pemimpin parti Berjaya zaman Datuk Harris Salleh dan sekarang orang PKR. Setelah itu.. sama-sama kita perhalusi apa yang diperkatakannya... ada kebenaran kah.. atau memang demikian cara pembangkang memperkecil Najib!.
Drama sebabak bermula lagi. Drama tradisi Umno ini di ulang tayang tatkala menjelangnya pilihan raya kecil yang bakal di adakan pengujung April ini di Hulu Selangor. Drama meruntun jiwa ini melihatkan keperihatinan Najib dan kuncu-kuncunya mengadakan siri lawatan ke kawasan Hulu Selangor untuk menggamit hati setiap pengundi.
Masa inilah Najib akan melebihkan adegan beramah-mesra dengan penduduk setempat. Adegan-adegan huluran bantuan dan projek binaan bangunan sekolah dan masjid pasti menduduki carta teratas dalam drama beli jiwa rakyat hasil mahakarya Umno-BN ini.
Adegan sampingan seperti duduk makan bersama rakyat sessi peluk-memeluk, ganding-mengandingi orang kampung, bertanya khabar dan berbagai-bagai lagi bentuk keperihatinan yang mempunyai makna terselindung merupakan antara adegan 'favourite' dalam drama sebabak pemimpin besar Umno yang bergelar Najib.
TV3 juga turut menyibukkan diri memainkan peranan penting mengatur acarakan "satu Melayu, satu India dan satu Cina" bercakap menurut skrip yang disusun oleh TV3 memuji-muja Najib berjaya menjadi Perdana Menteri 12 purnama dalam 1Malaysianya.
PM penuh yakin akan menawan kembali kerusi Hulu Selangor.
Keyakinan yang cuba di perkuatkan semangat biarpun Umno sedar hakikat sebenarnya mereka amat goyah dan terlalu goyah. Ingin memperkasakan lagi slogan 1Malaysia maka ura-ura dapat di lihat dengan jelas mereka ingin meletakkan calon dari MIC dalam kawasan Melayu.
PM dan delegasinya di lawatan ke Hulu Selangor, cuba meraih simpati dan perhatian rakyat dengan mencanangkan kononnya pembangkang hanya pandai berjanji tapi tidak dapat mengotakan janjinya.
Apakah PM lupa, kemudahan yang pelbagai bentuk sedang di nikmati oleh rakyat Selangor yang telah di jayakan dengan cemerlangnya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang di terajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mengapa kemudahan yang berbagai itu tidak di laksanakan oleh kepimpinan Umno-BN dahulu semasa mereka memerintah negeri Selangor ? Sekarang ini Umno sedaya upaya mempelbagaikan propaganda memperselekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat demi untuk menarik perhatian rakyat Selangor untuk kembali ke pangkuan Umno.
Karenah Umno-BN ini tidak ubah seperti orang yang gila talak. Dahulu semasa Selangor dalam genggaman mereka, rakyat Selangor di baikan yang di utamakan hanyalah poket/akaun masing-masing. Apabila rakyat Selangor sudah bosan dengan telatah kepimpinan Umno di Selangor, maka kuasa rakyat Selangor di pertaruhkan di PRU-12 dan akhirnya membawa peralihan kuasa di negeri Selangor.
Apakah Umno lupa mengapa senario ini berlaku? Tidakkah Umno sedar-sedar lagi bahawa rakyat Selangor telah bosan/muak dengan system pentadbiran Umno-BN yang matlamat utama mereka hanyalah kekayaan diri sendiri dan kroni-kroni kecuali kalau ada pilihan raya kecil baru ada bantuan.
Apa pun, selamat mencuba nasib lagi di PRK Hulu Selangor, kita akan lihat betapa besarnya kuasa rakyat berbanding dengan kuasa yang ada ditangan kerajaan Umno disebalik tabir ditadbirkan oleh Jin yang diberi nama sebagai 'BIG MAMA'.
No comments:
Post a Comment