Pada 8 Mac 2008, seramai 3,796,464 pengundi telah membuat keputusan untuk memilih calon-calon daripada pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.
Daripada jumlah pengundi tersebut, kesemua mereka bertanggungjawab menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta BN terus menjadi pembangkang di Kelantan.
Sebahagian besar pengundi bertindak demikian pada masa itu bukan sahaja kerana tidak puas hati dengan kerajaan BN malah ada di antara mereka terpengaruh dengan ‘gula- gula’ yang ditawarkan oleh pembangkang.
Tambahan pula, dalam kempen sepanjang pilihan raya umum dijalankan pembangkang menjanjikan bulan dan bintang serta memaparkan bahawa parti mereka paling terbaik di muka bumi Allah ini.
Oleh itu mereka berkempen habis-habisan supaya rakyat menumbangkan BN dan memberi peluang kepada mereka untuk memerintah, kononnya mereka boleh membawa harapan baru.
Tetapi setelah dua tahun, mungkin sebahagian besar pengundi yang sudah pasti ada antara mereka yang merajuk kepada BN ketika pilihan raya umum lalu kini menyesal dengan keputusan melontarkan undi kepada pembangkang.
Bagi kelompok penyokong tegar pembangkang, mereka mungkin tidak mempunyai apa-apa perasaan tetapi bagaimana dengan pengundi atas pagar yang memberikan undi kepada kelompok berkenaan atas dasar ‘protes’?
Apa yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang sepanjang tempoh dua tahun ini seharusnya memberi pengajaran kepada pengundi atas pagar atau mana-mana juga pengundi supaya tidak mengikut perasaan dalam membuat keputusan.
Sehelai kertas undi yang mereka pangkah boleh menentukan sama ada, negara akan berada dalam kesejahteraan atau ‘dihuru-harakan’ oleh gelagat pemimpin-pemimpin pembangkang.
Perilaku yang ditunjukkan pembangkang di Dewan Rakyat dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak minggu lalu sudah menjadi bukti bahawa pakatan berkenaan sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat.
Mereka ‘mengubah wajah’ Dewan Rakyat dengan berselindung di sebalik imuniti sebagai ahli dewan untuk melemparkan fitnah, tohmahan dan dakyah kepada kerajaan.
Sepanjang persidangan berlangsung ada sahaja isu yang dibangkitkan dengan tujuan untuk mencemarkan imej pemimpin-pemimpin utama kerajaan. Persoalan sama ada apa yang mereka bangkitkan itu benar atau tidak, ia soal kedua apa yang penting bagi mereka ialah mencetuskan persepsi — satu strategi yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu.
Di DUN Perak pula, mereka yang kehilangan kuasa pemerintahan kerajaan negeri berikutan ada ahli parti mereka menjadi wakil rakyat bebas, bertindak bagaikan kanak-kanak kehilangan gula-gulanya. Bagaikan kelompok ‘gila talak’, mereka terpekik terlolong di dalam dewan dan cuba melakukan provokasi supaya dewan tidak mampu bersidang dengan tenang bagi membincangkan soal kesejahteraan rakyat.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga ‘menyerang’ institusi-institusi tertentu dengan sewenang-wenangnya, ia termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mana-mana juga pihak yang ‘tidak sebulu’ dengan mereka, biarpun bertindak benar akan dikecam habis-habisan.
Inilah bahana atau balasan yang harus diterima oleh pengundi-pengundi yang pada pilihan raya umum lalu ada antara mereka terlalu teruja untuk menyebelahi pembangkang.
Kini mereka harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan ketika pilihan raya lalu sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.
Wakil rakyat pembangkang yang diharapkan memainkan peranan sebagai pembangkang berhemah kepada kerajaan sebaliknya bertindak membangkang sepanjang masa.
Bagi mereka, tidak ada satu pun yang kerajaan lakukan adalah baik. Sebab itulah, apa juga dasar dan langkah yang dilakukan oleh kerajaan yang dilihat mendapat sokongan rakyat akan cuba diburuk-burukkan.
Ini termasuklah gagasan 1Malaysia yang berlandaskan kepada slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Apabila pembangkang melihat ia semakin diterima oleh rakyat maka mula mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan. Tetapi dalam kesibukan mereka terlalu ingin memburukkan kerajaan dalam masa yang sama pekung mereka juga terdedah. Satu demi satu keburukan mereka dipaparkan kepada rakyat. Pendedahan itu bukan dilakukan orang lain tetapi di kalangan bekas pemimpin mereka sendiri yang sebelum ini setia dengan parti.
Melalui pendedahan tersebut, pengundi-pengundi yang memilih pembangkang pada pilihan raya umum lalu atas apa alasan sekali pun akan mengenali itulah wajah sebenar calon yang mereka pilih sebagai wakil rakyat.
Jika sebelum ini pembangkang menggambarkan kerajaan BN buruk dalam segala-galanya tetapi hakikatnya mereka lebih buruk daripada apa yang mereka dakwa.
Politik yang berasaskan matlamat menghalalkan cara menjadi ‘senjata utama’ kepada pembangkang dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat. Pengundi yang terpedaya dengan lakonan pembangkang dalam pilihan rakyat umum lalu perlu bertanggungjawab menamatkan segala kecelaruan yang berlaku.
Perhatikanlah dengan fikiran yang terbuka dan hati yang tenang, kemudian nilailah, apakah parti pembangkang yang mereka pilih sudah benar-benar memenuhi apa yang mereka hajati selama ini.
Kelebihan kerusi di Parlimen mahupun di DUN, bukannya digunakan untuk menjadi pembangkang atau pentadbir yang terbaik, sebaliknya dipenuhi dengan adegan-adegan bermotifkan politik yang memualkan.
Kegilaan pembangkang dalam keghairahan mereka merasakan pakatan itu sudah kuat harus diletakkan noktah. Cukuplah dalam tempoh dua tahun dan sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang, negara ‘dikucar-kacirkan’ oleh permainan politik tidak berkesudahan pembangkang.
Negara perlu bergerak ke hadapan, banyak lagi langkah dan program yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat yang perlu diberi tumpuan dan bukannya melayan kerenah pembangkang yang tiada berkesudahan.

Sememangnya dalam sebuah negara demokrasi, Malaysia memerlukan pembangkang tetapi biarlah barisan pembangkang yang benar- benar bertanggungjawab dan bukannya hanya gilakan kuasa. —Zulkiflee Bakar- Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment