Calon reject G Palanivel tetap pilihan Samy Vellu. Malah konco-konco Samy Vellu memberi kata dua kepada Muhiyiddin Yassin yang diberi mandat untuk menumumkan calon jam 4 petang ini di Markas BN Serendah, Ulu Selangor.
Khabar angin bahawa seorang pemimpin muda MIC menjadi pilihan akar umbi V. Mugilan, kononnya akan dipecat jika menerima pencalonan bagi mewakili BN pada PRK kali ini.
Semalam 18 ketua cawangan MIC kawasan Ulu Selangor melakukan sidang akhbar mendesak kepimpinan BN agar mencalonkan G Palanivel, walaupun timbalan presiden MIC ini tidak diterima akar umbi.
AYT teringat komen Samy Vellu selepas sahaja PRU-12 lalu, bahawa calon-calon MIC sebenarnya kuat, tetapi UMNO ditolak oleh rakyat, maka MIC pun ikut di tolak. Kenyataan Samy Vellu ini tidak berpijak di bumi nyata. Di Kawasan Ulu Selangor semua calon BN menang besar, 2 ADUN UMNO dan 1 ADUN MCA dengan kelebihan 6 ribu lebih.
Pada PRU-12 lalu G Palanivel kalah tipis 198 undi kepada allahyarham Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR.
Kerusi parlimen Ulu Selangor (P-94) kosong ekoran kematian Dr Zainal pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Sifat memaksa Samy Vellu dan hanya menamakan seorang calon menggambarkan bahawa dalam MIC tidak ada unsur demokrasi, seolah-olah parti itu adalah parti berprinsip kuku besi.
Tindakan Samy Vellu memberi ugutan kepada pucuk pimpinan terutama Timbalan Perdana Menteri, menggambarkan bahawa presiden MIC itu telah kemaruk kuasa. Samy tahu, bahawa selain G Palanivel, maka calon MIC lain mungkin tidak mendapat tempat sebagai menteri dalam kabinet.
Samy mahu Palanivel.kerana sebagai timbalan presiden, kalau menang, maka kemungkinan besar akan menduduki jawatan kabinet sebagai menteri penuh.
Namun yang Samy Vellu lupa, bahawa jawatan parti tidak menjamin kemenangan seseorang itu dalam pilihanraya. Buktinya dirasai oleh Samy Vellu sendiri. Pada PRU-12 lalu Samy Vellu ditolak dengan kekalahan yang amat besar kepada calon pembangkang di kawasannya sendiri Sungai Siput Perak.
Sifat keras kepala Samy Vellu ini tidak menguntungkan BN, malah memberi impak negatif kepada prestasi BN samada pada PRK Ulu Selangor ataupun pada PRU-13 akan datang.
Samy Vellu perlu ingat, akar umbi kaum India dan kaum lain telah menolak kempimpinannya secara individu, walaupun dalam parti Samy Vellu masih dapat mempertahankan jawatan sebagai Presiden.
Jika pada 25 April 2010 nanti, calon BN kalah, bukan kerana pengundi menolak BN, namun kekalahan itu kerana protes dan sabotaj kepada Samy Vellu. Yang mendukacitakan, para pemimpin BN juga terpalit dengan karenah Samy Vellu.
Dalam perkembangan lain Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Ulu Selangor.
Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam tadi.
Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.
"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya.
Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan, Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja. Muligan adalah yang teratas dalam senarai."
Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga petang ini. Kami mahu siasat lebih lanjut.
"Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok," katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ditanya sama ada Muligan yang dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya."
Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga timbalan pengerussi BN dijadual mengumumkan calon BN petang ini.
Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan memberitahu kemudiannya bahawa Samy Vellu dijadual menemui Muhyiddin di Putrajaya pagi ini.
Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon.
Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah Mugilan.
Semalam, 18 ketua bahagian MIC di Selangor tampil mendesak kepimpinan BN supaya meletak Palanivel - yang dicadangkan oleh presiden parti itu - sebagai calon di Ulu Selangor.
Manakala beberapa ketua cawangan MIC di Ulu Selangor mengancam untuk membubarkan cawangan masing-masing jika BN memilih calon lain.
Tindak-tanduk barisan kepimpinan MIC di semua peringkat itu menguatkan lagi khabar angin bahawa Palanivel tidak dipilih bertanding di Hulu Selangor.

No comments:
Post a Comment