PRK Hulu Selangor adalah PRK ke-10 selepas PRU-12. Keputusan 9 PRK lalu, 7 berpihak kepada pembangkang dan 2 kepada BN.
Semua kemenangan pembangkang itu berlaku semasa Najib masih timbalan perdana menteri.
Bagi Najib kemenangan yang dikemudikannya hanya di Batang Ai Sarawak, itu sahaja rekod kemenangan Najib sebagai pengemudi selepas PRU-12.
Kemenangan Isa Samad pada PRK Bagan Pinang dibawah kemudi Tan Sri Muhiyiddin, ini disebabkan Najib telah menjadi Perdana Menteri. Kebiasan BN, apabila ada PRK, maka timbalan perdana menteri adalah pengemudi.
Umum mengetahui bahawa banyaknya kerusi BN berguguran pada PRU-12 lalu disumbangkan oleh kelemahan kepimpinan Tun Abdullah dan berpunca kepada calon-calon bidan terjun kononnya atas "mastermind" Khairy Jamaluddin, menantu Tun Abdullah.
Akibat keputusan PRU-12 itu, Tun Abdullah diminta mempertanggungjawabkan prestasi BN itu. Wakil rakyat pertama yang membuat desakan agar supaya prestasi BN itu dipertanggungjawabkan oleh Tun Abdullah adalah wakil rakyat Jerlun Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Setelah desakan demi desakan, akhirnya Tun Abdullah berundur dan digantikan oleh Najib pada April tahun lalu.
Najib diawal pemerintahannya telah menghadapi berbagai PRK terutama di Pulau Pinang akibat pengosongan kerusi secara sengaja oleh wakil-wakil rakyat PKR. Kesemua PRK di Pulau Pinang di menangi oleh Pembangkang. Di luar Pulau Pinang adalah di Manek Urai Kelantan, walaupun BN hampir melakukan upset, namun belum cukup mencapai kemenangan.
Hanya di PRK Bagan Pinang Negeri Sembilan, BN sekaligus Najib merasa apa itu kemenangan. Namun yang ironinya, kemenangan besar BN di Bagan Pinang, dikreditkan kepada personaliti Isa Samad, bukannya kepada BN atau Najib atau slogan Najib 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
Kali ini di PRK Hulu Selangor dan merupakan julung-julung kalinya di Selangor selepas PRU-12; belumpun pengundian berjalan kekecohan telah mula berlaku, terutama dalam pemilihan calon.
Najib terpaksa lebih awal mengumumkan bahawa calon BN adalah daripada MIC, ekoran desakan akar umbi kaum melayu agar supaya kawasan Hulu Selangor dikembalikan kepada UMNO selepas 51 tahun kawasan itu dihadiahkan kepada MIC.
Pada PRU-12 lalu calon BN daripada MIC telah ditolak oleh rakyat, walaupun calon-calon BN di dewan undangan negeri semuanya dimenagi oleh BN dengan majoriti yang cukup besar.
Pengumuman calon BN daripada MIC akan diumumkan oleh Muhiyiddin Yassin petang ini bertempat di Markas BN di Serendah.
Pengumuman Muhiyddin berada dalam dilemma, jika G Palanivel yang dicalonkan, sudah pasti pengundi akar umbi akan menolaknya, jika V Muligan, Samy Vellu dan G Palanivel akan memulaunya. BN terpaksa mengambil kira suara majoriti dalam pemilihan calon.
Sekiranya PRK Hulu Selangor ini kalah, yang kalah bukan BN tetapi Najib bersama dengan konsep pembaharuannya.
PRK Hulu Selangor adalah kayu pengukur kepada konsep pembaharuan Najib. Kita Tunggu keputusannya.

No comments:
Post a Comment