Kawasan P-94 Ulu Selangor adalah kawasan melayu. 54% Peratus pengundi adalah pengundi melayu.
Kawasan Ulu Selangor juga mempunyai rekod 13-14 ribu adalah pengundi pembangkang. Hanya melalui PRU-12 pembangkang memperolehi undi di atas 20 ribu. Sejak tahun 1990, purata pengundi pembangkang di kawasan itu tidak kurang 13 ribu pengundi.
Sementara itu BN pula mempunyai rekod pengundi purata di atas 20 ribu orang. Walaupun tewas pada PRU-12 lalu, pengundi yang memangkah BN mencapai 22 ribu lebih.
Pengundi yang memilih BN ini diasaskan kepada kesepakatan, namun kali ini, sebelumpun pengundian, percakaran pemilihan calon telah timbul. Parti MIC yang diberi hadiah bertanding untuk kawasan melayu ini, memaksa agar calon yang telah ditolak oleh rakyat G. Palanivel supaya terus bertanding.
Samy Vellu dan 18 bahagian MIC tidak sensitif ke atas permintaan akar umbi, terutama melayu yang tidak mahu diwakili oleh G Palanivel. Kaum melayu boleh menerima siapa sahaja calon MIC asalkan bukan G Palanivel.
Sekiranya kecoh pemilihan calon ini berlangsung, sebaiknya pengundi diberi pilihan, yakni melalui calon bebas yang mesra BN. Pilihan itu terletak pada Perkasa, sebuah NGO di mana bintangnya semakin menaik meletakan calon Bebas sebagai alternatif kepada para pengundi. Perkasa sebelum ini telah pun membuat pendirian bahawa pertubuhan ini adalah mesra BN.
Jika Perkasa meletakan calon bebas, undi protes dan sabotaj para penyokong BN akan ada pilihan. Jika Perkasa tidak meletakan calon ada kemungkinan pengundi protes itu akan memangkah PKR, jika ini berlaku, maka Zaid Ibrahim pasti menang.
Sekali sekala pucuk pimpanan BN perlu bertegas. Disebabkan adanya tekanan, maka pilihan pucuk pimpinan boleh berubah.
Sementara itu petang tadi 18 ketua bahagian MIC di Selangor tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MIC di ibunegara, wakil kumpulan tersebut, A Saktivel yang juga ketua MIC Puchong, berkata kesefakatan BN menyatakan bahawa pengerusi BN mesti menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin parti komponennya.
MIC mempunyai 22 bahagian di Selangor. Palanivel, yang juga ketua MIC bahagian Hulu Selangor, tidak hadir.
Saktivel yang juga anggota jawatankuasa kerja pusat MIC berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana calon yang tidak dipilih oleh presiden parti, diletak bertanding.
Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon BN esok.
Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan.
Difahamkan sewaktu mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN Isnin lalu, para pemimpin MIC telah menyuara bantahan mereka dan bertegas supaya Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan bertanding di Hulu Selangor.
Difahamkan juga, timbul kebimbangan sekirannya berlaku sebaliknya, ia akan menjadi ikutan di mana Umno sebagai parti tunggak BN, akan terus campurtangan dalam halehwal parti komponen yang lain.Tolak calon pintu belakang
Saktivel berkata, sidang akhbar hari ini diadakan ekoran khabar angin yang semakin kuat bahawa Palanivel mungkin tidak dicalonkan.
Sehubungan itu, katanya, mereka tidak mahu seseorang itu dicalonkan bertanding di situ mengikut 'pintu belakang'.
Ini, katanya, adalah mengenai soal maruah parti.
Saktivel kemudiannya mengemukakan salinan surat beranak Mugilan dan mendakwa timbalan ketua pemuda MIC itu bukan 'anak tempatan' kerana dokumen itu menyatakan dia dilahirkan di Pantai Remis, Perak.
Sebaliknya, kata Saktivel, Palanivel sudah menetapkan di Hulu Selangor sejak 18 lalu.

No comments:
Post a Comment