Tuesday, April 20, 2010

PRK Hulu Selangor: Belumpun Pengundian PKR Sudah Merasa Telah Kalah

Belumpun pengundian, PKR telah merasa kalah di Hulu Selangor. Para pengundi melayu khususnya para penyokong tegar PAS tidak akan memangkah Zaid, ekoran pembongkaran masalah peribadi penyalaras Pakatan itu yang dikaitkan dengan peminum arak dan kaki judi.

Zaid dalam satu ceramahnya mengakui bahawa suatu masa dulu memang dia penggemar minuman arak namun kononya dia sudah berhenti. Mengenai kesukaannya kepada kuda, dia ingin seperti Tunku Abdul Rahman Putra Hal Haj yang juga penggemar kuda.

Rakyat terutama para pengundi Hulu Selangor telah mula menerima bahawa ekoran keluarnya para pemimpin PKR bahawa kebenaran pendedahan wakil rakyat Bayan Baru Datuk Zaharin Hashim dan Mantan Setiausaha Agong PKR Salahuddin Hashim memang ternyata benar, kalau tidak, tidak mungkin begitu ramai para pemimpin PKR keluar parti.

Semalam Dr Halili yang juga merupakan pengasas reformasi dan PKR telah keluar dan masuk Umno. Halili mendedahkan bahawa PKR kini telah keluar daripada asas penubuhannya dan PKR kini hanya dihuni oleh mereka-mereka yang mempunyai agenda peribadi.

Sementara itu, ekoran kekhuatiran PKR kepada pola pengundi di Hulu Selangor, wakil parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengusulkan di dewan rakyat agar pusat pengundian 14,000 pengudi di Hulu Selangor di pindahkan. Tujuan pemindahan ini adalah tidak jelas dan bertujuan untuk apa.

Perlu diingat bahawa pusat pengundian itu telah wujud sebelum PRU-12. Pada PRU-12, 14,000 pengundi telah mengundi di pusat itu, di mana mereka memberi kemenangan kepada calon PKR Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Kenapa pula kali ini, PKR mempertikai pusat pengundi itu? Ini lah tanda-tanda bahawa PKR telah merasakan bahawa sebelum pengundian, PKR telah merasa kalah.

Rupanya PKR telah merasakan bahawa parti itu telah merasakan bahawa pemilihan Zaid adalah pemilihan yang makan tuan. PKR terlupa dan terlepas pandang, bahawa Zaid mempunyai masalah peribadi yang berkaitan dengan agama islam dan terlalu sukar untuk diterima oleh penyokong Pas.

Jika para penyokong Pas mengundi Zaid, ini sekaligus mereka merestuai kegemaran Zaid itu.

Dalam perkembangan lain Dewan Rakyat menolak usul bagi membincangkan pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibawa Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul itu ditolak kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (8) Yang di-Pertuan Agong, hakim-hakim mahkamah serta Suruhanjaya tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan.

"Bukankah SPR itu kita anggap sebagai sebuah badan bebas. Atas sebab itu, jangan heret Parlimen ini dan saya dalam kancah politik. Saya telah minta maklumat daripada SPR dan saya diberitahu secara bertulis bahawa pada Disember 2009, parti-parti politik telah dimaklumkan dengan belah bahagi kawasan-kawasan yang dimaksudkan.

"Saya juga dimaklumkan bahawa kalau kita melayari laman web SPR, (kita boleh) dapati maklumat di situ. Kalau pun saya benarkan perbahasan atau perbincangan di sini, itu juga jawapan menteri yang berkenaan. Jadi apa manfaat yang kita dapat," katanya ketika menolak usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Pandikar Amin turut menegaskan bahawa tidak semua perkara yang dianggap penting oleh Anggota Parlimen itu perlu dibahaskan di dewan.

"Kita masih ada 12 lagi akta yang perlu dibahas dalam tempoh 12 hari. Ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf kerana meninggikan suara (kerana) kalau tidak sampai bila kita nak mesyuarat," katanya.

No comments:

Blog Archive