Dakwaan kes liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, (Sodomy II) kali ini menampakkan sokongan yang amat merosot di kalangan masyarakat melayu. Jika pada tahun 1998, kaum melayu khususnya anak-anak muda memenuhi jalan raya melakukan demonstrasi membantah tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar, kini suasana seperti itu sudah tiada lagi.
Jika 11 tahun dulu, anak-anak muda memenuhi Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, melaungkan reformasi di Masjid Negara, namun kini suasana sunyi sepi.
Malah rancangan Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mat Akin yang kononnya mahu menurunkan 5,000 angkatan muda menyokong Anwar di mahkamah juga gagal. Tiada penyokong Anwar yang melaung-laung "reformasi" di luar bangunan mahkamah, atau memegang sepanduk "Kami sokong Anwar", tetapi yang ada spanduk-spanduk mengecam sikap Anwar Ibrahim yang sengaja melengah-lengah perbicaraan dipasang di sekitar ibu kota.
Anwar seolah-olah dibiarkan kesepian, ditemani oleh Wan Azizah yang riak wajahnya tidak ceria, pegawai-pegawai keselamatan Anwar dan barisan peguam bela Anwar yang sudah sedia maklum menjalankan tugas kerana dibayar oleh Anwar.
Kalau tahun 1998 dulu, Wan Azizah nampak begitu bersemangat sekali, meskipun suaminya dituduh peliwat. Semangat Wan Azizah muncul secara tiba-tiba apabila melihat sambutan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi rumah kediamannya serta melihat jerit pekik laungan reformasi rakyat menyokong suaminya di bangunan mahkamah.
Kalau dulu, rumah Anwar di Setia Murni Damansara, dipenuhi oleh 'syeikh-syeikh' yang mengimami solat hajat, bahkah solat hajat dipanjangkan di surau-surau di seluruh negara. Bahkan ada di kalangan para penyokongnya yang turut berdoa di depan Kaabah agar Allah menunjukkan jalan yang benar. Mereka berdoa, jatuhkan Dr Mahathir yang didakwa berkonspirasi mengaibkan Anwar atau laknatlah Anwar, jika Anwar benar-benar bersalah.
Mak Tom, ibu kepada Azmin Ali turut solat hajat dan berdoa; jika benar anaknya Ummi Hafilda melakukan fitnah, maka Allah turunkan bala ke atasnya dan jika benar Ummi tidak bersalah maka Allah laknatkanlah ke atas orang yang mengaibkan diri anaknya itu.
Setahun selepas itu, Dr Mahathir tidak jatuh, malah terus berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, Ummi Hafilda juga tidak sakit atau ditimpa musibah, tetapi Anwar Ibrahim, terpaksa merengkok di dalam penjara selama 6 tahun. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang dikenali sebagai seorang 'gay' juga turut dipenjarakan.
Tetapi dalam kes sodomy II Anwar ini, tiada lagi orang ramai berpusu-pusu ke rumah istana Anwar di Bukit Segambut untuk melakukan solat hajat dan berdoa. Meskipun istana Anwar di Bukit Segambut sangat luas dan lapang dan boleh menampung beribu-ribu pelawat (tidak seperti rumah lama di Damansara), namun tiada sesiapa pun berminat untuk solat hajat dan berdoa di istana itu.
Tiada lagi kedengaran solat-solat hajat dibuat di surau-surau di seluruh Malaysia, atau berdoa di depan Kaabah seperti sebelas tahun yang lampau.
Pernah sekali Nik Aziz selepas majlis ceramah agama di Kota Bahru, tahun lepas berdoa agar Anwar terpelihara dari 'fitnah', tetapi hari ini pelbagai musibah juga menimpa ke atas Nik Aziz.
Selepas 'doa' itu tiada lagi kedengaran Nik Aziz berdoa tentang kes liwat Anwar Ibrahim.
Haji Hadi juga diam. Begitu juga dengan Dr Haron Din.
Kini suasana cukup berbeza sekali. Dalam menghadapi kes liwat dengan Saiful ini, Anwar tidak lagi mengharapkan sokongan umat Islam atau melayu, tetapi lebih mengharapkan sokongan bukan Islam.
Semua nama-nama yang menyokongnya bukan lagi sheikh, ibnu atau abu atau nama-nama yang mewakili Islam. Yang menyokongnya adalah nama-nama seperti 'Kgan', 'Baffled', 'Eric Koay', 'Pete', 'Jacob George' dan lain-lain.
Bagi bukan Islam, mereka sangat mahukan pemimpin Muslim yang rosak akhlak kerana pemimpin seperti itu akan menguntungkan mereka. Tetapi jika ada di kalangan pemimpin mereka yang rosak akhlak mereka sendiri tidak mahu pemimpin rosak itu menjadi ketua mereka.
Anwar perlu telus, kita cabar Anwar arahkan badan kajiannya, Merdeka Center membuat bancian mengenai kedudukan terkini kes liwat Anwar. Lakukanlah kajian menyeluruh di kalangan populasi penduduk Malaysia.
Kajian poll secara rambang dalam NTV7 baru-baru ini di mana Anwar jauh ketinggalan dibanding Nik Aziz adalah cebisan cerminan rakyat Malaysia ke atas Anwar Ibrahim. Walaupun tidak tepat sepenuhnya, tetapi sekurang-kurang memberi cerminan yang bermakna.

No comments:
Post a Comment