Monday, February 22, 2010

Kedutaan Asing Yang Mana??? Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi!!!

BERIKUT adalah petikan laporan yang dikeluarkan oleh menteri pertahanan Malaysia pada:

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat kedutaan asing di negara ini yang menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi mengintip maklumat sulit negara terutamanya berhubung soal ketenteraan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai bukti bahawa ‘kerja jahat’ itu turut dibantu oleh ‘orang dalam’ yang merupakan kakitangan Kementerian Pertahanan dan segelintir pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita mempunyai maklumat bahawa kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan dibantu orang dalam untuk mendapatkan maklumat sulit negara yang mungkin dibayar dan pihak kami telah kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Saya akan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang perkara ini sebelum tindakan susulan diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin.

Sudah dua minggu AYT menunggu jawaban daripada pendedahan ini. Namun hingga kini belum berjawab.

Persoalan besar kepada AYT apa maksud tersirat menteri pertahanan Malaysia itu mendedahkan perkara ini? Apa kah hanya satu gimik? atau mempersenda pegawai angkatan bersenjata malaysia (ATM) termasuk para pegawai di kementerian pertahanan? Atau kah menteri pertahanan itu hanya serakap jarang, kerana tiada isu untuk memaparkan namanya di dada-dada akhbar atau menjadi kutipan para blogger?

Jika benar lah dakwaan menteri pertahanan itu, bahawa maklumat kebocoran pertahanan negara itu akan terlebih dahulu dipersembahkan kepada DS Najib. Apa kah sudah dipersembahkan? Jika sudah apa kah DS Najib menyembunyikannya?

Rakyat perlu tahu negara mana yang terlibat dalam pencurian maklumat pertahanan negara itu? Rakyat juga ingin tahu benar kah ada individu-individu kementerian pertahanan dan ATM terlibat berkolaborasi dengan negara asing tersebut.

Kerana maklumat ini sudah dihebahkan kepada rakyat, maka keputusan dan maklumatnya juga perlu lah dihebahkan kepada rakyat. Jika tidak dihebahkan; persoalannya kenapa dari awal-awal lagi tidak terfikir oleh menteri pertahanan yang bergelar PhD itu bahawa pendedahan itu adalah perkara sulit yang perlu dilipat baik-baik sebelum diketahui kebenarannya.

Rakyat menunggu keputusan pendedahan ini. Jangan pura-pura lupa pula.

No comments:

Blog Archive