Monday, February 22, 2010

Siapa Mokhtar Pada Anwar??

Dalam perbicaraan sodomy II saksi utama pendakwaraya Saiful Bukhari Azlan mendedahkan kata laluan MOKTHAR bagi semua laluan memasuki sebuah unit kondominium di Jalan setiakasih Damnasara, di mana perlakuan sodomy II dipercayaai berlaku.

Apa kah puncanya perkataan MOKTHAR dipilih? apakah ianya secara kebetulan atau ianya dipilih secara random atau rawak? atau kah seseorang yang bernama "Mokhtar" memang benar-benar wujud?

AYT hanya cuba mengingat-ingat, pada tahun 1998, kebetulan peguam negara ketika itu adalah Tan Sri Mokthar Abdullah. Tan Sri ini lah yang mengetuai pendakwaan sodomy I.

Apa kah kata laluan sepertimana yang disebutkan oleh Saiful itu ada kaitan dengan Allahyaraham mantan peguam negara itu? atau kah ada seseorang lagi yang bernama Mokthar yang tersangat istimewa kepada Anwar?

Sekiranya Anwar memlilih kata laluan Mokhtar bersempena dengan nama mantan peguam negara itu, AYT merasakan tidak demikian. Sebab apa? biasanya seseorang itu memilih kata laluan yang ada kaitan yang mengembirakan, tidak akan memilih nama yang ada kaitan dengan kedukaan atau pengalaman buruk atau sedih.

Dalam kes sodomy II ini kata laluan MOKHTAR sudah tentu ada kaitan dengan seseorang yang disenangi atau ada peristiwa yang mengembirakan. Kerana peristiwa itu menjadi kenangan maka ianya terus terngiang-ngiang. Mungkin ini lah faktornya kenapa nama Mokthar digunapakai bagi semua laluan ke unit 1511 Kondominum di Jalan Setia Kasih Damansara itu.

Namun demikian tiada sesiapa yang mengetahui secara tepat, kenapa Anwar memilih kata laluan MOKHTAR, kerana perkara ini adalah amat mustahil bagi seorang penganalis.

Namun AYT dapat merasakan bahawa nama MOKTHAR ada lah seseorang yang amat istimewa kepada Anwar. Mungkin kah nama ini ada kaitan dengan abang sulungnya yang juga bernama Mokhtar? Segala kemungkinan itu ada. Tetapi AYT akan merasa pelik, jika nama abang di bawa-bawa dalam kerja-kerja terkutuk itu? agak ganjil kan?

Yang jelas suatu hari kelak pendedahan kata laluan MOKTHAR akan terbongkar juga, lambat atau cepat pasti ada seseorang yang mungkin boleh membongkarnya.

No comments:

Blog Archive