Tuesday, February 23, 2010

Anwar Dah Akur: Sodomy II Mematikan Kerjaya Politiknya

BUKAN mudah bagi Anwar mengaku kalah. Anwar akan menyanggah apakah kebenaran di pihaknya atau pun tidak. Sabtu lalu semasa berucap dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina di Macang Bubok, Pulau Pinang, mendakwa bahawa rakyat akan bersama-sama Pakatan, walaupun dia dipenjarakan atau pun tidak.

Nada Anwar ini seolah-olah dia sudah akur bahawa sodomy II akan mematikan kerjaya politiknya. Anwar bukan bersifat mudah mengalah, namun kali ini, dia tiada pilihan lain terpaksa mengakui bahawa sodomy II begitu kukuh dan sukar ditempis.

Portal propaganda Pakatan Malaysiakini pun sudah bermula dengan reversed psikologi dengan mengatakan "many believe that even more voters will support Pakatan if Anwar were to be jailed. In fact, BN stands a better chance at the polls if it stopped the charges against him" (Malaysiakini 22-2-2010 at 8:11am).

AYT merasakan bahawa pada hakikatnya bahawa perbicaraan kali ini pasti akan memeningkan Anwar dan para peguamnya memandangkan hujah pendakwaraya nampaknya terlalu kuat dan' kukuh.

Sebab itu para peguam belanya berusaha mencari apa saja lubang atau sebab musabab yang mustahaknya sodomy dapat lewat-lewatkan untuk dibicarakan.

Anwar dan Karpal Singh terpaksa menangkis hujah-hujah pihak pendakwa yang diketuai oleh peguam cara negara Mohammad Yusof Zainal Abiden seperti berikut ini:-

1.Pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

2. Pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

3. Pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi

4. Pihak pendakwa akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah melalui keterangan langsung dari Mohd Saiful dan keterangan forensik dari doktor serta ahli kimia, selain keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentari.

5. Pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

"Pada jam 1.45 petang hari berkenaan, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondominium Desa Damansara dan tiba di situ pada jam lebih kurang 3 petang.

"Di Kondominium Desa Damansara itu, Mohd Saiful kemudian ke unit 11-5-1 di Tingkat 5 dan apabila beliau masuk ke situ, beliau lihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.

"Di unit ini, Mohd Saiful diliwat oleh tertuduh dan beliau meninggalkan unit berkenaan kira-kira jam 4 petang,"

6. Pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

"Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

"Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh.

Disebabkan Anwar dan Ketua Peguambelanya sukar untuk menepis 6 faktor hujah pihak pendakwa ini lah, pihak Anwar terpaksa (a) mengkambingkan hitamkan akhbar Utusan malaysia (b) mencuba melucutkan hakim YA Mohammad Zabidin Mohd Diah. Di samping itu, Anwar juga cuba menakut-nakutkan pakar DNA dan Forensik Malaysia melalui perlantikan 3 "Pakar" DNA dan Forensik asing; 2 daripada Australia dan seorang daripada India.

Sebagai maklumat tambahan, Anwar sudahpun mencuba menggugurkan sodomy II melalui mahkamah rayuan,namun mahkamah itu menolak rayuan Anwar sebulat suara pada 17 Fenruari lalu.

No comments:

Blog Archive