Saturday, February 27, 2010

Bagi Orang Islam: Hati-hati Menjamu Selera Di KOPITIAM

Bagi umat islam berhati-hatilah menjamu selera di KOPITIAM. Amaran ini bukan kerana jenama francise ini di miliki oleh pemimpin DAP, namun ianya berasaskan halal tidaknya hidangan yang disediakan pada rangkaian cafe itu.

Amaran ini sebenarnya dikeluarkan oleh JAKIM, kerana menurut JAKIM, setakat ini hanya merekodkan dua outlet KOPITIAM sahaja yang mempunyai logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dua outlet KOPITIAM itu KOPITIAM Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. (luput pada 15-2-2012) dan Jonker Walk Kopitiam (luput pada 15-2-2013).

Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.

"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.

"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.

"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.

"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.

"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

No comments:

Blog Archive