Monday, December 28, 2009

Ada Tangan-tangan Gahib Mahukan Dr Hassan Ali Dipecat


TELAH sah bahawa terdapat kumpulan ahli dan penyokong PAS Selangor mahukan Dr Hassan Ali dipecat daripada parti.

Kumpulan ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengelirukan penyokong PJ PAS Selangor tersebut. Contoh usaha kumpulan yang berkehendakan Hassan Ali dipecat daripada parti PAS adalah pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa Hassan Ali digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor manakala kehalian beliau digantung dua penggal. Sedangkan lembaga disipilin parti itu telahpun mengumumkan bahawa Hassan Ali dan Khalid Samad masing-masing akan dipanggil pada 9 dan 7 Januari depan untuk memberi keterangan lanjut mengenai tuduhan kepada mereka.

Untuk rekod, Dr Hasan dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedang disiasat lembaga disiplin PAS dan sms itu dilihat berkaitan kerana Dr Hasan yang juga Exco Selangor dikatakan bakal berdepan tindakan kerana dilihat bertentangan pendapat dengan kesepakatan antara parti itu, PKR dan DAP.

Pada Jumaat pula, satu lagi sms meminta orang ramai hadir bersama Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mengadakan perhimpunan dan menyerahkan memorandum mendesak PAS negeri itu keluar pakatan rakyat kerana kepentingan Islam akan tenggelam jika parti it uterus kekal bersama pakatan pembangkang.

Lidah rasmi PAS awal-awal lagi menuduh UMNO dalang disebalik penyebaran smas dan rancangan mengadakan perhimpunan itu.

Namun, perhimpunan itu tidak benar-benar jadi kenyataan kerana hanya sekitar 20 orang berkumpul di depan pejabat PAS Selangor di Seksyen 13 Shah Alam kira-kira jam 11 pagi Ahad.

Walaupun tidak ramai tetapi kumpulan itu tetap dengan tujuan asal mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

Kumpulan tersebut mendakwa, PAS perlu mengambil tindakan itu secepat mungkin ekoran terlalu banyak keadaan yang tidak memihak kepada parti tersebut sama ada dalam pentadbiran di Selangor dan perjuangan parti itu.

Malah kumpulan itu yang diketuai Wan Hilman Wan Ibrahim turut menyatakan PAS sejak akhir-akhir ini dilihat menjadi boneka kepada PKR dan DAP.

Keadaan itu kata mereka, boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu dan Islam yang dikhuatiri akan terus menggadaikan maruah parti itu.

Wan Hilman berkata, desakan yang dilakukan oleh pihaknya tercetus daripada kesedaran yang mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan.

Sungguhpun gagal mencapat matlamat, timbul tanda Tanya siapa mereka yang menamakan diri sebagai penyokong dan pengundi PAS Selangor?

Pemuda UMNO Selangor melalui ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali menafikan mendalangi tindakan kira-kira 20 individu terbabit sebaliknya percaya ia adalah percubaan untuk memburukkan imej UMNO, menimbulkan curiga dan kemarahan penyokong kuat PAS terhadap parti itu.

Suhaimi menyifatkan gerakan itu membabitkan orang PAS, sama ada atas inisiatif sendiri atau digerakkan PKR bagi menuntut Pas keluar pakatan rakyat.

PAS pula menafikan pembabitan mereka dalam pengajuran demonstrasi dan penghantaran memorandum bantahan tersebut.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata perhimpunan itu tidak disokong PAS negeri dan kepemimpinan parti tidak tahu menahu mengenai kumpulan itu, serta menafikan parti itu kini mengalami masalah dalaman.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub seperti dilaporkan Bernama turut menafikan perkara itu dengan alasan kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya.

Penafian sama ada oleh UMNO dan PAS ini mencetuskan tanda panya, siapa kumpulan terbabit. Mungkinkah ada tangan besar dalam PKR merancangnya kerana mahu PAS keluar daripada pakatan selepas melihat parti itu begitu banyak masalah sekarang?

Setakat ini hanya Wan Hilman mengakui beliau ahli PAS.

Roslan dan Salahuddin boleh menafikan kumpulan terbabit bukan ahli PAS atau didalangi parti itu tetapi mereka terlupa bahawa kumpulan tersebut bergerak atas nama Penyokong dan Pengundi PAS.

Kedua-dua orang penting PAS ini jelas menafikan hak dan suara kumpulan terbabit jika benar mereka mewakili penyokong dan pengundi parti itu.

Ini bermakna, PAS tidak menghargai sokongan dan undi orang ramai kepada parti itu dengan kenyataan sedemikian.

Apa yang penting PAS kena faham bahawa bantahan kumpulan itu supaya PAS Selangor keluar pakatan rakyat memang berasas dengan macam-macam perbezaan pendapat terutama dengan DAP di Selangor sudah dapat dilihat kebelakangan ini.

Tanpa seorangpun pemimpin PAS Selangor termasuk Dr Hasan menerima memorandum yang mahu diserahkan kumpulan terbabit jelas membuktikan parti itu ‘menutup hati’ terhadap pandangan penyokong mereka.

Andai kata ada antara ahli kumpulan itu juga orang-orang UMNO, PAS kena ingat pada pilihan raya umum lalu, ada ahli UMNO berkemungkinan menyokong mereka atau pakatan rakyat sehingga mereka berjaya merampas Selangor.

Jelaslah, PAS sudah melupakan orang yang mengundi dan menyokong mereka.

No comments:

Blog Archive