Saturday, December 26, 2009

Enjin Pesawat Tempur F5-Tiger Berapa Yang Hilang? Laporan Telus Diperlukan

Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua atau mungkin lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan akibat laporan yang simpangsiur dan kurang tepat.

Pada mulanya dikatakan hanya satu enjin kemudian menjadi dua, dengan yang demikian laporan mengenainya belum pasti, kerana itu dirasakan ada kemungkinan besar kehilangan enjin pesawat tempur yang sudah dipensenkan itu mungkin lebih banyak?

Kerajaan perlu mengujudkan satu pasukan penyiasat selain pasukan polis yang ditugaskan menyiasat kes kehilangan enjin pesawat ini,kerana kes kehilangan ini boleh dianggap sebagai kebocoran dalam sistem pertahanan negara. Mana kan tidaknya, pesawat tempur adalah aset negara yang sangat mustahak kerana melibatkan pertahanan negara.

Jabatan Peguam Negara telahpun meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, namun yang cukup pelik adalah Laporan Audit 2008 tidak menjumpai kehilangan enjin pesawat ini dan yang tidak munasabah lagi laporan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan tidak disertakan.

Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.

Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tidak memuatkan laporan mengenai kementerian pertahanan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.

Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.


Sementara itu Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting.

Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

No comments:

Blog Archive