Saturday, December 19, 2009

Apakah Benar Datin Rosmah Mansor Liabilti Pada Najib atau BN?

TELAH berpanjangan: Datin Seri Rosmah Mansor teus diserang dan dicurah dengan pelbagai tuduhan dan tomahan.

Sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah tidak terlepas akan karenah-karenah ini dan akan terus menghadapi pelbagai tohmahan; sebelum berjawab, tuduhan dan tomahan berikutnya akan muncul.

Paling pelik setiap tuduhan dan tomahan yang diluntarkan tidak berjawab! apakah memang tiadanya jawapan untuk itu - apakah pihak yang kena tuduh atau yang turut terbabit seperti Perdana Menteri merasakan ia isu remeh dan tidak penting?

Sekali atau dua kali boleh tepis tetapi kalau sudah berlonggok-longgok, ia akan menimpa diri dan sukar untuk membebaskan daripadanya.

Bagi empunya diri boleh mengatakan dia ‘tidak kisah, tidak peduli atau tidak hairan’ namun hakikatnya kelak rakyat yang akan menentukan sokongan dan undi.

Tidakkah isu-isu seperti ini akan digunakan oleh pembangkang menjelang pilihan raya nanti? Betul atau salah tidak penting tetapi persepsi rakyat yang menentukan undi kepada Barisan Nasional (BN).

Najib perlu berdepan dan terpaksa menanggung sama jika ada masalah menimpa isteri atau pegawai-pegawainya, termasuk Setiausaha Politiknya.

Jika pasukan yang menjaga kepentingan publisiti dan imej Najib merasakan tuduhan – tuduhan liar atau berasas – merasakan perkara ini tidak penting, mereka adalah silap.

Selepas isu Altantuya, isu Rosmah dengan keluarga angkat, ‘bini puaka’dan banyak lagi, kali ini ahli parlimen PKR Tian Chua pula mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya dua hari lalu, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Saya berharap Perdana Menteri dan pegawainya jangan mengganggap isu atau tohmahan terhadap Rosmah sebagai kecil dan lekeh kerana mereka yang bertugas di bawah sukar menepis tuduhan ini, khususnya di kalangan rakyat.

Dengan kemudahan internet hingga ke keluar Bandar, media baru yang digunakan pembangkang cepat mengambil peluang di atas perkara seperti ini.

Najib sebagai Perdana Menteri yang menekankan kepada integriti dan kerajaan yang bersih perlu menepis dengan bijak isu yang melanda Wanita Pertama Malaysia.

Cakap-cakap semakin kerap dan suara semakin tinggi bahawa imej Najib bukan dicemarkan oleh dirinya sendiri tetapi oleh mereka di sekelilingnya, khususnya isteri dan pegawai-pegawainya.

Wahai pegawai Najib, tolonglah lekas bertindak.

Ia agar Najib yang berusaha memulihkan imej UMNO dan BN tidak dibebankan oleh masalah di sekelilingnya.

Jangan beliau nanti dipersoalkan.

Hapuskan segera tohmahan dan tuduhan! jangan jadikan Rosmah menjadi liabiliti kepada Najib dan BN. Berdiam hanya memperkuat persepsi bahawa tuduhan dan tomahan itu benar. Hapuskan persepsi bahawa semua tuduhan dan tomahan itu tidak benar dan jika perlu bertindak, bertindaklah segera kepada mereka yang membuat ‘tuduhan liar’itu.

No comments:

Blog Archive