Isu kematian Teoh Beng Hock yang terbunuh dalam kawasan pejabat SPRM menjadi isu politik perkauman sebelum inkues kematian TBH bermula. Perkara ini disebabkan pemimpin UMNO kurang bijak menangani isu tersebut. Sepatutnya UMNO sebagai entity parti politik mestilah melihat isu itu sebagai sebuah parti politik bukan sebagai entity kerajaan yang memerintah.
Jika UMNO terasa janggal menyokong parti DAP atau Pakatan Rakyat, barangkali tidak janggal jika pemimpin UMNO menyokong cadangan parti-parti komponen BN supaya diadakan siasatan diraja menyiasat punca kematian setiusaha politik DAP itu. Namun Kabinet akhirnya bersetuju ditubuhkan inkues untuk merungkai kematian TBH, manakala suruhanjaya siasatan diraja untuk mengkaji cara-cara penyiastan sprm.
Sebaliknya, jika pemimpin UMNO mengambil sikap memihak kepada SPRM, seolah-olah tindakan seperti itu mengiyakan presepsi rakyat bahawa SPRM adalah bekerja untuk UMNO.
Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya dilihat lebih membela Teoh dan keluarganya daripada parti-parti politik lain termasuk DAP. Soal dia adalah anggota DAP adalah soal kedua. Soal dia bukan Melayu tidak timbul. Pokoknya, dia terbunuh dalam suasana yang boleh menjejaskan kredibilit kerajaan pimpinan Dato Seri Najib. Dan DS Najib adalah presiden UMNO.
Tak salah jika UMNO juga anjurkan tunjuk perasaan menuntut keadilan terhadap Teoh. Tidak salah jika UMNO menyokong karpal Singh yang mahu saman SPRM. Tidak salah jika pemimpin UMNO dilihat mempertahan kebenaran dan keadilan sejagat, menjadi champion kepada semua rakyat bukan membela pauk-puaknya sahaja.
Persepsi rakyat ialah SPRM hanya mengadakan siasatan terhadap YB dari kaum Cina dan hanya di negeri pembangkang. Kenapa tidak serentak siasatan diadakan di semua negeri? Kenapa YB Dato Khir Toyo terlalu lambat disiasat dan fail-fail atau laptopnya juga dirampas berikutan isu bungalow dan lain-lain? Kenapa YB-YB dari negeri-negeri lain tidak disiasat? Bukankah semua negeri ada SPRM?
Untuk menamatkan presepsi bahawa UMNO memihak kepada SPRM ialah dengan cara UMNO sendiri mendesak supaya polis mempercepatkan siasatan terhadap SPRM dan menyokong siasatan bebas.
Perjalanan inkues kematian TBH yang berlarutan sehingga hari-20 dan akan disambung pada 17 September ini, setakat ini belum ada maklumat yang boleh merungkai apa kah TBH bunuh diri, dibunuh atau kemalangan.
Hari ke-20 inkues terpaksa ditangguh atas permintaan sprm kerana meragui keterangan saksi misteri pihak keluraga TBH, yang melibatkan Mohd Asraff Yunus (saksi-19) yang disifatkan sebagai pegawai sprm yang ganas.

No comments:
Post a Comment