Tuesday, August 18, 2009

Teoh Beng Hock mati kemungkinan dicampak

Pakar Forensik dan pathologi UMMC yang dilantik oleh pihak polis bagi mengenal pasti kematian TBH, dr Prashant Samberkar, hari ini memberitahu inkues, bahawa mendiang TBH mati antara 8 hingga 12 jam semasa mayatnya ditemui di luar T-5 Plaza Masalam, Shal Alam pada 16 Julai lalu.
.
Sebelum ini pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu inkues, bahawa kematian TBH adalah kurang 36 sejam semasa beliau melakukan postmortem pada jam 12 tengah hari 17 Julai lalu.
.
Jika benar bahawa jangka masa kematian TBH adalah antara 8-12 jam, maka ada kebenaran bahawa Tan Boon Hwa nampak TBH masih hidup pada 6.10 pagi pada 16 Julai. Dr Prashant juga memberitahu inkues, bahawa semasa impak, TBH masih dalam keadaan hidup, keterangan ini konsisten dengan Dr Khairul, bahawa semasa TBH jatuh, beliau dalam keadaan sedar.
.
Ada kemungkinan kah antara pukul 6.10 hingga 7.15 pagi 16 Julai ada 2 orang lelaki yang TBH kenali datang menyergap TBH, seorang pada jaket, seorang pada tali pinggang dan tangannya dimana jam dipakai, lalu mencampakan TBH ke luar T-14 Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM terletak. Teori ini konsisten pada keterangan 2 pakar tersebut di atas, bahawa semasa jatuh, TBH masih dalam keadaan sedar.
.
Jika TBH terjun dengan sendirinya, maka perbuatannya tersebut telah diperkirakan, kemungkinan seluarnya tersangkut agak jauh, akan tetapi, jika TBH dicampak, kemungkinan besar kejadian dimana seluarnya tersangut mungkin berlaku.

No comments:

Blog Archive