Monday, August 17, 2009

Teoh Beng Hock sedar semasa jatuh: Dr Khairul Azman Ibrahim

Inkeus kematian mendiang TBH masuk hari ke-9. Berbagai teori dikemukakan. Dr Khairul Azman Ibrahim, pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang mengatakan, kemungkinan besar TBH tengah sedar semasa terjun bunuh diri.
.

Satu perkara yang menjadi persoalan adalah luka calar ditangan TBH di mana jamnya dipakai. Jam TBH hingga kini belum dijumpai. Ada kemungkinkah sebelum TBH terjun bunuh diri, TBH ditampar dibahagian mukanya, kerana ada tanda-tanda kecederaan tersebut akibat dipukul.
.
Ada kemungkinkah sebelum TBH terjun bunuh diri, beliau dalam ketakutan atau terlalu tertekan, sehingga putus marifat, lalu terjun?
.
Jika DNA dianalisis pada tangan TBH di mana jam dipakai dan mukanya kesan tamparan, ada kemungkinan kah DNA tersebut diketahui, milik siapa? Jika boleh, ada analisis DNA pada bahagian-bahagian tertentu tersebut oleh jabatan kimia?.
.

Maklumat lanjut inkues ini akan diteruskan, sehingga kematian TBH terungkai.

No comments:

Blog Archive