Tuesday, August 18, 2009

Dokumen yang tersimpan dalam laptop Teoh Beng Hock yang disita SPRM: Mengakibatkan TBH runcing? atau TBH ditolak dan jatuh?

Pada inkues hari ke-9 pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan,Klang Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu bahawa ada kemungkinan TBH terjun bunuh diri. Keterangan Dr Khairul ini diperkuat oleh pakar UMMC Dr Prashant Samberkar bahwa TBH juga mungkin terjun bunuh diri.

Apa kah kerana fikiran TBH runcing kerana maklumat penyelewangan wang kerajaan yang dilakukan ada tersimpan dalam laptop TBH, yang sebelumnya telah disita oleh pegawai SPRM? Disebabkan maklumat dan dokumen-dokumen tersebut, kerana itu pada pukul 5:5:30 pagi 16 Julai, TBH kenampakan mundar mandir di ruangan pejabat SPRM.

Ada kemungkinan juga, semasa TBH di tanya oleh Tan Boon Hwa keterangan apa yang diberikan kepada SPRM, dan mungkin TBH ada memberitahu, bahawa laptopnya telah disita, atas sebab itu Tan Boon Hwan marah dan menampar TBH, kerana itu ada kesan kecedaraan di muka TBH. Kerana merasa sangat tertekan, maka TBH duduk ditingkap mengancam nak terjun? Dalam kesempatan ini, seseorang menolaknya (kerana itu ada DNA seorang lelaki di jaket TBH), dan seorang lagi coba menggapai tangan TBH dan memegang tali pinggangnya, tetapi genggaman tersebut tidak kuat, sehingga rantai jamnya dan tali pinggangnya putus (ada DNA lelaki yang dijumpai di tali pinggang TBH).

Semalam Dr Khairul Azman Ibrahim, memberitahu inkues, bahawa TBH tiada masalah psiokologi (menurut keluarganya), jadi kemungkinan untuk bunuh diri tidak timbul, lagi pun 3 Oktober ini TBH akan mendaftarkan perkahwinannya dengan girlfriendnya Soh Cher Wei.

Teori kemungkinan TBH ditolak dan jatuh ada kemungkinannya, kerana kedua-dua doktor pakar pathologi memberi keterangan yang sama, bahawa semasa sampai ke impak, di mana mayat TBH dijumpai, TBH masih dalam keadaan sedar.

Pihak inkues, perlu menumpukan kepada siapa yang menolak TBH?

No comments:

Blog Archive