Sesiapa sahaja yang tidak hormat raja-raja melayu dan menghina agama rasmi negara ini patut dilucutkan kerakyatannya. Dalam perlembagaan telah jelas bahawa agama rasmi negara ini adalah islam. Dalam perlembagaan juga disebut, bahawa raja adalah lambang demokrasi perlembangaan negara ini. Dalam rukun negara disebutkan dalam sila ke dua kesetiaan kepada raja.
.
Sesiapa yang menafikan ini adalah penderhaka kepada negara, maka mereka itu tidak patut jadi rakyat negara ini. Kerajaan mesti bertindak untuk melucutkan kerakyatan mereka ini. Tidak perlu siasat dan bawa ke mahkamah, kerana tindakan seumpama itu hanya buang masa dan tidak berguna.
.
Contoh yang paling ketera adalah mereka-mereka yang suatu masa dahulu seperti Lim kit Siang, Anwar Ibrahim dan banyak lagi ditangkap di bawah ISA, konon demi pencegahan, namun setelah mereka keluar, tetap sahaja melakukan perkara-perkara yang sama.
.
Kerajaan yang bertanggunjawab kepada rakyat majoriti, jangan membiarkan segelitir individu ini merosak kerharominan negara yang telah di bina selama 50 tahun.
.
31 Ogos ini negara kita berusia 52 tahun, hadiahkan kepada rakyat yang cintakan tanah air, agama dan raja-raja dengan pelucutan kerakyatan kepada mereka yang menjadi petualang, musuh negara ini.
No comments:
Post a Comment