Thursday, August 06, 2009

Arak lawan Babi

Apabila isu tempat pemyembelihan babi di Kedah ditutup oleh kerajaan Pas, Dap negeri keluar Pakatan, dan Adun tunggalnya mengistiharkan dirinya sebagai Adun bebas. Walaupun tindakan Dap ini hanya bertahan 3 hari, kerana setelah masuk campur Lim Kit Siang, Dap negeri Kedah menarik kembali keputusan mereka itu. Kerajaan Kedah terpaksa menyediakan tempat baru sesuai dengan kehendak Dap.
.
Tetapi lain halnya di Selangor, apabila dr Hassan ali mendesak TS Khalid Ibrahim agar menguggurkan protfolio Ronnie Liu kerana YB ini tidak bersetuju dengan tindakan PBT merampas bir yang di jual di kiosk-kisok 7-11 yang didiami oleh majoriti islam. Ronnie Liu mahukan agar bir-bir yang dirampas dikembalikan kepada pemiliknya dan disertainya permohonan maaf. Di lain pihak dr Hassan Ali yang mewakili Pas meminta MB Selangor agar membuat gag instruction agar bir tidak di jual di kawasan majoriti islam, namun MB tersebut enggan mengikut telunjuk Dr Hassan; ertinya MB Selangor itu lebih mengiktiraf Ronnie Liu dibanding dr Hassan Ali.
.
Moralnya di sini adalah: Pas terbukti adalah parti tungangan DAP dan PKR untuk mencapai matalamat mereka. Persoalannya, kenapa pemimpin Pas tidak terbaca fenomena ini ataukah Pas memang tidak mempuyai nawaitu yang jelas? Atau kah Pas hanya akan melenting jika ada kaitan dengan Ubn? suatu pertanyaan yang perlu dicari oleh penyokong-penyokong Pas.

No comments:

Blog Archive