Inkueis semalam diberitahu bahawa semua DNA yang dianalisa oleh Jabatan Kimia, belum dijumpai padanan DNA yang ditemukan di jaket dan tali pinggang mendiang TBH.
.
Berbagai persoalan timbul semasa inkueis dijalankan, pegawai keselamtan yang menjumpai mayat TBH ternampak kesan darah yang telah kering di mayat itu. Ini bermakna mayat itu telah lama di situ. Persoalan lain adalah dijumpainya troly di tingkat 14 dekat tingkap di mana TBH dipercayai di campak. Di tingkap tersebut di temukan rambut dan analisis DNA tiada yang sepadan dengan seluruh sampel yang diambil.
Yang menghairankan sebelum ini pihak Pakatan telah menuding jari kepada SPRM adalah punca kematian mendiang TBH, akan tetapi seluruh sampel DNA pegawai-pegawai SPRM yang telah dianalisis, tiada satupun yang sepadan dengan DNA yang ditemukan di jaket dan tali pinggang mendiang TBH.
Jangan lupa Tan dan Lim masih berada di pejabat SPRM pagi tu. Tan mengaku dalam statement pada polis bahawa dia nampak Teoh pada pukoi 6 pagi. Masih satu misteri kenapa dia duduk di pejabat dari pukoi 1 pagi hingga 11 pagi di pejabat SPRM. Kalau DNA tidak matching, dia belum lepas habis. Boleh kena abetting atau bersekongkol.
Dua Guard kata ada 10 orang pegawai SPRM dalam bangunan pada malam tu dari 8 malam hingga 8 pagi esok hari. Semua dia dapat cam termasuk seorang pegawai yang akhir jumpa TBH pada pukul 6 pagi.
Guard bernama Wan Rosli dalam CCTV ada seorang pegawai kelihatan masuk bersama seorang Cina yang tidak dikenali pada pukul 12:52 pagi.
Guard yang bernama Abdul Rahman dapat mengenali hanya satu dari tiga pegawai SPRM yang masuk dalam satu video clipping. Pegawai itu bernama Ashraff.
No comments:
Post a Comment