Wednesday, July 01, 2009

Nik Aziz Kata: Mengundi PAS tidak lagi masuk Syurga!!

Nik Aziz kata orang Umno tidak beriman. Satu kiasan lagi. Ini bererti sebenarnya orang Umno itu telah beriman. Nik Aziz memang suka buat kiasan kalau bercakap mengenai Umno. Nik Aziz dah tahu, bahawa orang-orang Umno itu adalah majoriti orang melayu. Mungkin yang dimaksudkan oleh Nik Aziz itu adalah ahli-ahli Umno bukan beragama islam, yakni orang-orang keturunan siam dan kadazan/dusun yang tidak beragama islam.

Kaum melayu Umno yang beragama islam percaya bahawa rukun iman itu ada 5, kemudian ditambah dengan yang ke-6, yakni percaya kepada qada’ dan qadar. Saya tidak mengulas lebih lanjut mengenai keimanan ini, kerana saya bukan pakar agama. Namun sebagai orang islam terkilan juga apabila Nik Aziz berkata bahawa orang-orang Umno itu tidak beriman.

Tidak terlintas difikiran saya, bahawa manusia boleh memberi nilai atau markah, bahawa seseorang itu lebih beriman atau kurang beriman, kerana dengan meminjam kata-kata Nik Aziz sendiri, bahawa tidak semua yang sembayang itu masuk syurga, ertinya mereka-mereka yang kuat sembayangpun masuk neraka. Pendek kata, tidak benarlah bahawa mengundi PAS itu masuk syurga, kerana kuat sembayangpun masuk neraka.

Rupanya slogan PAS selama ini, sesiapa yang mengundi PAS boleh masuk syurga merupakan propaganda politik, tidak ada kebenaran sama sekali bahawa mengundi PAS itu masuk syurga. Sekarang telah terbukti, bahawa kebenaran akhirnya muncul, bahawa orang yang mengkafirkan Umno, orang yang mengatakan mengundi PAS masuk syurga, telah mengakui kesilapannya sendiri, dengan hujahnya sendiri.

Berikut adalah surat terbuka Nik Aziz kepada mantan exco DAP, Perak, yang beliau tulis pada 10 April 2009. Mungkin ini adalah satu keimanan yang dimakasudkan oleh Nik Aziz??

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri PerakPejabat
EXCO Negeri Perak30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahteraYang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar KelantanMerangkapMursyidul Am PAS

No comments:

Blog Archive