Hari selasa 14 Julai merupakan penentuan di Dun 41 Manek Urai Kelantan. Pas bersandarkan kepada isu bukan kebendaan manakala Umno membawa isu kebendaan. Manakah pilihan pengundi Manek Urai, akan diketahui selepas pukul 8.30 malam hari selasa mendatang.
Apabila keputusan memihak Pas, Umno atau UBN akan memberi kesimpulan, bahawa penduduk Manek Urai tidak suka kebendaan dalam hal ini pembangunan. Mereka lebih suka membangun mengikut masa, ertinya pembangunan yang sekadarnya berasaskan kepada kemampuan pemerintahan Pas. Mereka tidak mahu menerima kemajuan secara mendadak kerana takutkan rutin harian mereka terganggu dengan kilauan pembangunan. Walhasil, Umno atau UBN akan boleh menggunakan kewangan itu untuk membangun kawasan-kawasan yang menyokong UBN, kerana adalah lebih berbaloi demikian.
Pengumunan TS Muhiyidin untuk mengwujudkan agropolitan dan penggantian jambatan di Manek Urai boleh terlaksana, jika penduduk Manek Urai menghendaknya, yakni memilih UBN. Alasan demikian adalah memang patut diberikan oleh TPM ini, kerana kalau tidak pihak Pas dan Pakatan akan menuduh UBN memberi rasuah kepada para pengundi sepertimana terjadi di PRK Bukit Gantang, Perak.
UBN kena pintar dalam mengagih-agihkan projek pembangunan, adalah lebih bermakna membangun kawasan-kawasan yang dikuasai oleh UBN, kerana para pengundi dan penduduknya dahagakan pembangunan, demi penaik tarafan pendapatan dan ekonomi mereka.
Kawasan-kawasan yang bukan dikuasai oleh UBN lebih suka kepada pembanguan yang perlahan mengikut masa,kerana takut kepada akibat pembagunan yang mendadak, kerana impak kepada gejala-gejala pengiring kepada pembangunan itu,misalnya kenaikan harga barang, kenaikan harga tanah, kenaikan harga rumah, mencendawannya peruncit-peruncit atau pedagang mikro dan terjadinya migarsi tempatan ke kawasan yang maju itu.
Di samping itu,kawasan-kawasan yang maju ini akan menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti ekonomi, sehinggakan boleh mengurangkan waktu beribadat kepada Allah subhannawatala. Kehidupan di dunia ini hanya sementara,oleh itu sekadar cukup makan dan sihat adalah cukup memadai. Rakyat tidak perlu memperbesar kotak berfikir, tidak perlu memikirkan soal-soal persaingan atau memikirkan soal-soal global, kerana adalah lebih baik menumpukan masa kepada situasi dan kondisi setempat.
Penduduk Manek Urai mulai sekarang adalah wajib meniru dan ikut cara-cara sembayang atau solat Nik Aziz,kerana melalui cara-cara Nik Aziz sahaja akan menjamin seseorang itu ada tempat di syurga. Sembayang islam lain yang bukan ahli Pas atau tidak ikut cara Nik Aziz kemnugkinan besar tidak bertempat di syurga.
Kerana itu, dalam PRK Manek Urai ini, Pas tidak membawa isu-isu pembangunan atau isu-isu yang ada di Manek Urai, kerana bagi Pas, isu-isu penduduk Manek Urai adalah bukan masalah, kerana masalah utama bagi mereka adalah: penyamaan Nik Aziz kepada Umno adalah parti yang menolak Islam, sama dengan ajaran ayahpin dan komnuis. Bagi Nik Aziz ahli-ahli Umno adalah bukan Islam, kerana baginya DAP dan PKR lebih menerima islam, atas sebab itulah NIk Aziz menulis surat kepada Dato Nga Koh Meng, memberi puji-pujian atas keberanian wakil rakyat DAP ini membaca surah-surah Al-quran.
Pada 14 Julai, 2009, apakah kelibat Nik Aziz ini menjadi pilihan pengundi Manek Urai berbanding keinginan UBN membangun Manek Urai dan mengelurkan kawasan-kawasan itu dari kemunduran,sama-sama kita tunggu jawapanya selepas 8.30 malam pada tarikh tersebut.
No comments:
Post a Comment