Monday, July 13, 2009

Mana Hadiah Kami Dato' Seri PM

Tempat pukul 11:11 pada 11 julai di KLCC, DS Najib mengumumkan hadiahnya kepada rakyat. Senarai hadiah itu tidak lah penting di senenaraikan di tulisan ini, kerana sungguh mengecewakan, kerana hadiah untuk daerah ku tidak tersenarai.

Datuk seri PM, Kampung kami telah wujud sebelum meredeka lagi, sila rujuk peta-peta lama terutama yang dikeluarkan oleh pihak British, adalah pasti Kampung Tamau ada dalam peta itu.

Namun kampung kami ini walau hanya 16 kilometer dari tempat pemerosesan air, namun hingga kini, kami tidak menikmati apa itu air bersih. Air merupakan keperluan tubuh yang sangat penting, kerana itu dalam sehari para pengamal perubatan menasihatkan kita sekurang-kurangnya meminum 5 gelas sehari.

Pengumuman hadiah PM kita hanya untuk rakyat yang sememangnya telah menikamti apa itu kemudahan asas kehidupan, tetapi kenapa kami-kami yang masih belum pernah menikamti ke mudahan asas ini tidak mendapat perhatian?? sedangkan kami adalah penyokong kuat kerajaan sejak merdeka lagi.

Kawasan Kuala Lumpur khasnya mendapat perhatian Dato Seri PM,kerana kawasan-kawasan ini telah menolak kerajaan UBN melalui PRU-12, kerana itu perlu dirayu semula melalui "pembaharuan" amalan kerajaan sekarang.

Kerajaan negeri Sabah telah bersilih ganti, pemimpin kawasan ini telah bersilih ganti, dari yang tertinggi kepada sederhana tinggi, tetapi keadaan kami serupa, tetap serupa. Air bersih kami pun tidak terurus, apatah lagi kemahuan meningkatkan taraf hidup kami.

Sekolah kami pun, hanya sekolah rendah, pun demikian pembinaannya terbengkalai kerana kurangnya perhatian dari jabatan yang bertanggungjawab, kerana bagi mereka, kami tidak patut mengecap pembangunan, kami tidak patut mendapat pembelaan kerana kami adalah penyokong kerajaan.

Dahulu semasa Tun Mustapha masih hidup, walaupun pembangunan kami dibelakangkan, tetapi kami rasa ketidak puas hatian terubat juga, kerana bapa kemerdekaan Sabah, selalu melawat kampung dengan helikopternya dan mendarat di padang sekolah rendah Tamau, di mana pada masa ini pembangunannya tidak tahu kapan selesainya.

Dato'Seri PM, saya tahu bahawa artikel ini tidak akan sampai ke pengetahuan Dato Seri PM, tetapi demi catatan, ianya suatu hari akan menjadi catatan sejarah.

No comments:

Blog Archive