"Maka haramlah memutuskan tali persaudaraan islam" kata Tan Sri Harussani Zakaria, mufti negeri Perak. Sampai begitu sekali ulasan tokoh maal hijrah kebangsaan 2008 ini mengenai kegagalan UG.
Beliau merasa sedih dan kecewa,kerana baginya perpaduan ummah itu amat penting, di luar kotak parti. Kekecewaan beliau ini ada asas, sebagai alim ulamak, maka tanggungjawab penyatuan dan perpaduan ummah merupakan salah satu tugasnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
Wujudnya puak-puak dalam ummah merupakan perkara yang paling meyedihkan bagi para ulamak seperti Tan Sri ini.
Dalam kes UG ini, kita tidak boleh mempersalahkan sepenuhnya kepada para pemimpin PAS yang menolak UG, kerana pemimpin mempunyai agenda tersendiri, demikian juga parti, mempunyai matlamat sendiri. Bagi pemimpin sesebuah parti, terlalu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, demikian juga terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pertimbangan ke arah mengambil keputusan. Faktor-faktor dalaman dan luaran adalah faktor gabungan yang boleh mempengaruhi seseorang atau kelompok pemimpin membuat keputusan.
Dalam permainan UG ini, Hadi sebagai presiden PAS menganggapnya sebagai "bola politik" pinjam istilah kedahline.blogspot.com. Kalau benarlah istilah ini, maka ada benarnya juga anggapan saya selama ini, bahawa UG ini adalah muslihat Hadi dalam memancing UBN dan kelompok-kelompok dalam PAS yang tidak sehaluan dengan presiden PAS tersebut.
Nah, sekarang telah jelas, bahawa penolakan UG dan cetusan idea UG bukan berpaksikan kepada keikhlasan, akan tetapi sebagai permainan politik Hadi. DS Najib terperangkap dengan permainan Hadi ini, sehinggakan DS Najib menyangka bahawa idea UG ini benar-benar dari lubuk hati Hadi atau Tuan Guru Dato Haji Hadi Awang.
Seorang ulamak seperti Tan Sri Mufti Perakpun terperangkap dengan bola politik dan pancingan Hadi ini dan seterusnya seketika dahulu menganggapnya bahawa UG akan benar-benar terlaksana dan benar-benar wujud.
Pemimpin seperti Hadi untuk sementara telah menang dalam permainannya sendiri, atau sekurang-kurangnya dalam parti Pas dan seterusnya dalam Pakatan. Akan menang kah Hadi menghadapi rakyat, yang di luar sana ramai yang menginginkan UG. Jika Pemimpin dan parti tidak inginkan UG, tetapi rakyat inginkan UG, pemimpian dan parti tidak akan boleh membendung arus ini. Terserah kepada UBN bagaimana menginterprtasi kehendak ramai ini!!!
No comments:
Post a Comment