Sunday, June 14, 2009

Bahasa Inggeris: Pelajar Kita Jadi Bahan Uji Coba Lagi


Rekod mengatakan bahawa guru-guru bahasa inggeris belum mencukupi terutama di sekolah-sekolah di Pendalaman khususnya di peringkat sekolah rendah. Manakala guru-guru yang mengajar matematik dan sains tidak dilatih menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar mengajar 2 mata pelajaran tersebut.

Saban tahun ada saja murid-murid yang dianggap berbakat tetapi gagal mendapat 5A, kerana bahasa inggeris.

Sementara kelemahan ini belum teratasi, ura-ura mewajibkan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran teras di peringkat SPM adalah usaha ke belakang dan usaha meminggirkan pelajar-pelajar pendalaman agar terus gagal bersaing dengan pelajar-pelajar yang cukup terdedah terutama di bandar-bandar atau pekan-pekan.

Sebelum tahun 1977, di mana terdapat dua pilihan persekolahan di Malaysia, yakni aliran Inggeris dan Bahasa Malaysia, isu pengajaran bahasa inggeris bukan masalah pada masa itu. Akan tetapi usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan untuk semua bidang, rupanya menjadi kekekangan kita di peringkat antarabangsa dan pengusaan ilmu sejagad.

Menyedari kelemahan penguasaan ilmu-ilmu yang semakin bertambah pesat dan disedari bahawa untuk tidak ketinggalan terus, maka dilaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tujuan pendekatan ini adalah serampang dua mata, yakni penguasaan istilah-istliah yang digunapakai disenterio dunia, juga sebagai usaha mengetahui dan memahami bahasa inggeris.

Akhir-akhir ini akbiat usaha-usaha pihak pencinta bahasa kebangsaan, mungkin atas sebab-sebab politik, maka pengajaran dua mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris dipersoalkan dan ditentang, malah diminta untuk dihapuskan. Pihak-pihak penentang pengajaran 2 mata pelajaran ini dalam bahasa inggeris tidak cukup melalui penghantaran memorendum, akan tetapi telah berkembang kepada tindakan demonstrasi.

Akibat desakan pihak-pihak tertentu ini dan pada masa yang sama digunakan sebagai isu politik, maka pihak kerajaan yang kekurangan taring pada masa ini terpaksa mengalah dan menemukan tindak balas melalui pengurangan mata pelajaran teras di peringkat SPM dan salah satunya adalah pengwajiban bahasa inggeris.

Pendekatan ini sudah tentunya mendapat jawaban kontra dan pro, kerana keadaan sistem pendidikan kita yang bersifat “big numbers”, yakni yang berasaskan kepada kuantiti bukan kepada kualiti “small numbers”.

Sistem pendidikan kita berkehendakan agar seluruh rakyat mengecapi pendidikan, sekurang-kurangnya celik hurup, celik angka akan tetapi pengabaian terhadap aplikasi pendidikan itu kurang mendapat tempat.

Sistem pendidikan kita berkehendakan pelambakan lulusan-lulusan menengah dan sekarang ini lulusan-lulusan lepasan universiti. Beribu lepasan universiti di negara kita pada masa ini terkategori menganggur, kerana tidak menemukan jawatan-jawatan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Kelajuan menghasilkan lepasan-lepasan universiti terlalu laju dibanding kelajuan pengwujudan peluang-peluang pekerjaan baik di peringkat awam maupun swasta. Ketimpangan ini telah mengakibatkan sistem saringan di peringkat awam dan swasta; mutunya semakin di pertingkat atau kayu pengukurnya dipertingkat, mengikut kaedah piramid, agar supaya lepasan-lepasan universiti yang mendapat ilmu dan pengetahuan di luar kotak universiti atau sekolah sahaja yang dipertimbangkan mengisi jawatan-jawatan yang perlu diisi.

Bersandarkan kepada maklumat semu yakni lepasan-lepasan universiti kita tidak dapat bersaing diperingkat global atau tidak dapat mengisi jawatan-jawatan tetentu dalam syarikat-syarikat multi-nasional di negara ini kerana mereka tidak menguasai bahasa inggeris, menjadikan kementerian pelajaran melakukan pendekatan untuk kembali mewajibkan bahasa antarabangsa ini di peringkat SPM.

Suara-suara sumbang mengenai cadangan ini, mulai sekarang telah kedengaran dengan lantangnya, kerana sistem pendidikan kita terlalu jauh ketinggalan untuk melaksanakan cadangan ini. Mengatasi kekurangan guru-guru bahasa inggeris baik diperingkat sekolah rendah hinggalah ke menengah perlu di atasi terlebih dahulu, sebelum cadangan ini dilaksanakan. Jika tidak, akhirnya pencapaiannya akan dipersoal kemudian hari seperti isu PPSMI dan akhirnya “kata-kata” pelajar kita hanya dijadikan “kelinci percobaan” tidak akan berulang lagi.

No comments:

Blog Archive