Thursday, June 18, 2009

Awan Mendung Hampir Berlalu: untuk PAS-UMNO

Sesi brainstorming antara PAS-UMNO hampir ke penghujung. Ustaz Nasa dah buat pendirian. DS Najib dah buat pendirian. Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno dah memberi komitmen, bahawa perpaduan 2/3 rakyat menguntungkan 1/3 yang lain. Dato Seri Hadi tentunya akan setuju kerana idea awal berpunca darinya. Cuma masa ini menunggu kepulangan Dato Hadi dari luar negara bersama misi yang akan di sampaikan kepada TGNA agar dapat menerima kerajaan perpaduan.

DSAI dah mula kepanasan. DSAI ke mahkamah lagi memohon agar perbicaraan kesnya bermula 1 Julai agar dibatalkan. Taktik ambil masa digunakan DSAI untuk mempengaruhi keputusan PAS dalam menerima kerajaan Perpaduan.

PAS dah muak dengan taktik DSAI. Bermula dengan rancangan pembentukan kerajaan pada 16 September 2008, berbagai propaganda dilontarkan DSAI untuk mengelabui PAS, namun semua propaganda itu tidak menjadi kenyataan aka palsu.

Penyusupan antik-antik DAP dalam PAS hampir berjaya mempengaruhi muktamar ke-55 PAS. Namun kebijaksanaan para perwakilan dapat menempis rancangan itu, keputusannya majoriti pemimpin yang dipilih satu aliran dengan presiden parti.

Gagal dalam usaha mereka menentukan corak kepimpinan PAS, antik-antik DAP ini mencoba melilit TGNA, agar supaya terus menolak kerajaan perpaduan. Malaysiakini ada melaporkan bahawa TGNA begitu marah terhadap Ustaz Nasa. Namun umum dapat menganalisa, cara itu bukan cara TGNA. TGNA adalah pemimpin yang banyak pertimbangan, cetusan rasa demikian adalah cetusan rasa antik-antik yang melilit TGNA. Adalah dirasakan apabila Ustaz Nasa memberi penjelasan secara bersemuka dengan TGNA, adalah pasti TGNA akan menyebelahi No.2 parti itu.
.
TGNA memberi reaksi terhadap soalan wartawan mengenai laporan-laporan akhbar,kerana beliau belum menerima maklumat terkini daripada Ustaz Nasa rasional daripada kenyataannya terhadap komen DS Najib. Adalah diharapkan setelah mendapat penjelasan yang first hand, TGNA akan menggunapakai maklumt itu, agar supaya perahu lalu kiambang bertaut.

Usaha dan niat murni memang mempunyai tentangan besar, tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Demikian juga usaha para pemimpin baik PAS dan UMNO dalam merealisasikan kerajaan perpaduan.

Doa rakyat majoriti, tanpa mengira fahaman politik, bahawa penyatuan ummah perlu disegerakan, perlu diikat agar supaya penduduk teras dapat melangkah bersama menghadapi rintangan dan onak-onak berduri negara, bangsa dan agama. Terlalu banyak agenda penduduk teras belum selesai, usaha memerdekakan saudara-saudara sesama dalam kancah kemisikinan, kedaifan adalah agenda yang perlu ditangani dengan segera.

Berdoalah kita agar penyatuan Ummah akan terjadi dalam masa yang segera-segeranya kerana awan mendung yang menyelubungi hampir berlalu. PAS-UMNO bersatulah!!!

No comments:

Blog Archive