Tidak adil kata Anwar! Kerajaan BN menyalur bantuan kewangan yang rendah perkapita kepada negeri-negeri di bawah kekuasaan Pakatan. Tarifan rendah itu, Anwar tidak perincikan, kerana perinciannya hanya untuk negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak juga di masukkan. Anwar tidak menyebut berapa pula bantuan kewangan perkapita untuk Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. Entah-entah, negeri-negeri di pemerintahan BN terutama Sabah dan Sarawak jauh lebih rendah dibanding Kelantan, yang kata Anwar diberikan hanya RM119 perkapita!.
Anwar adalah mantan menteri kewangan Malaysia!, Seharusnya beliau lebih arif mengenai pengagihan perkapita kepada negeri-negeri di bawah naungan Malaysia. Angka agihan tidak boleh di buat-buat, ianya dibuat berasaskan sumbangan negeri itu kepada perbendaharan negara. Jika sumbangan negeri itu terhadap perbendaharan negara, umpamanya melalui kutipan cukai, jika kutipan rendah., maka wang bayaran perkapita negeri itu juga rendah. Wang agihan perkapita adalah berasaskan sifir yang telah ditetapkan, ianya tidak boleh diubah sesuka hati. Sepatutnya isu seumpama ini tidak dipolitikan, kerana agihan negara perkapita adalah perkara pokok dalam pembentukan negara.
Sebaiknya Anwar menumpukan kepada negeri-negeri yang di perintah Pakatan. Kuasa eksekutif ada di tangan, pentadbiran ada di pangkuan, dewan undangan di kuasai, semua asas untuk membangunkan negeri telah ada. Seharusnya Anwar tunjukkan kepada BN, bahawa Pakatan lebih berupaya membangun negeri, apakah melalui pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf hidup, kerancakan pembangunan fizikal, pengurangan kadar jenayah dan program-program memperbaiki keruntuhan gejala sosial.
Mempolitikkan bahawa kerajaan BN tidak banyak memberi bantuan kewangan kepada negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan, seharusnya tidak timbul, kerana perkara ini adalah perkara biasa, apabila negeri atau negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang, maka kewajiban kerajaan persekutuan hanyalah terhad kepada peruntukan per kapita negeri-negeri itu. Anwar seharusnya tahu, bahawa apabila Sabah ditadbir oleh PBS, maka masa itu kerajaan negeri Sabah, hanya mendapat peruntukan perkapita sahaja (jangan lupa menteri kewangan masa itu adalah Anwar sendiri). Di Sabah masa itu, untuk mentadbir urus bantuan-bantuan persekutuan,bukan melalui kerajaan negeri, sebaliknya disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) yang baru sahaja dimansuhkan.
Membangkitkan isu peruntukan perkapita kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan masa ini yang kebetulan semuanya berada di Semenanjung, menggambarkan bahawa Anwar semasa menjadi menteri kewangan menganak tirikan Sabah! Sebaliknya jika ianya berlaku untuk negeri-negeri di semenanjung, barulah dikatakan tidak ADIL!!!!.
Sifat dan cara Anwar berpolitik ini sekarang terkangkang luas untuk di nilai oleh rakyat terutama rakyat Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah khasnya sangat mengikuti sepak terajang Anwar dalam usahanya merebut kuasa daripada BN dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Seharusnya rakyat dari awal-awal lagi telah sedar, jika memilih pembangkang, maka adalah tanggungjawab pembangkang itulah membawa kemajuan kepada mereka. Bagi BN kenapa perlu menyusukan kera di hutan, sedangkan penyokong-penyokongnya masih terbelit dengan desakan hidup. BN mempunyai tugas yang juga berat untuk membangun negeri-negeri yang dikuasainya, perlu mempamirkan bahawa rakyat yang menyokongnya merasa berbaloi mengundi BN.
Isu penindasan oleh BN kepada negeri-negeri di bawah Pakatan seharusnya tidak timbul, kerana rakyat di negeri-negeri itu telah membuat keputusan, bahawa membangun bersama BN tidak boleh diteruskan, kerana menurut mereka membangun bersama Pakatan adalah lebih baik dalam semua perkara. Bagi rakyat yang menyokong BN Teruskan bersama BN, bagi rakyat yang menyokong pembangkang, teruskan bersama pembangkang. Sama-sama lah kita membangun dengan cara masing-masing dan sama-sama kita tunggu.. mana yang mencapai distinasi yang di harapkan.
No comments:
Post a Comment