Wednesday, May 13, 2009

Nelayan perhatian Musbah


Di Norway, Sweden, Australia, Jepun, Korea yang dikatakan nelayan adalah orang-orang jutawan. Bagi kawasan Asia Tenggara- nelayan adalah mereka yang kais pagi makan pagi- kecuali tauke-tauke nelayan.

Di negara kita- ada lembaga yang mengurus nelayan secara kebangsaan, di peringkat negeri pun ada yang mengurus soal-soal nelayan.

Kerajaan dalam usaha membantu nelayan menyalurkan bantuan-bantuan melalui organisasi yang diiktiraf oleh kerajaan- misalnya persatuan-persatuan, koperasi-korperasi, serta lembaga-lembaga yang mengurus soal-soal nelayan.

Istilah nelayan terlalu sinonim dengan masyarkat dahulu yang mendiami kawasan-kawasan pantai, muara-muara sungai dan tepi-tepi sungai. Bagi masyarakat ini- laut atau sungai merupakan sebahagian dari hidup mereka. Mencari makan dan pendapatan untuk menyara keluarga berkiblatkan kepada laut dan sungai.

Bagi masyarakat ini sumber protein bukan persoalan- kerana laut dan sungai bersedia memenuhi keperluan protein mereka. Segala jenis hidupan laut dan sungai pernah mereka nikmati sebagai santapan.

Namun demikian tidak selamanya laut dan sungai terlalu akrab dengan masyarakat yang dikatakan nelayan. Ada musimnya laut tidak menizinkan untuk dijamah, demikian juga sungai. Akibat kitaran alam ini- nelayan senantiasa dalam keadaan dilema- pendapatan semusim tidak cukup menampung keperluan tahunan.

Sejarah nelayan di negara kita terlalu tua dibanding dengan usia negara. Kata orang- nelayan telah menjadi pakar dalam bidangnya, akibat bisa tegal biasa. Nelayan telah mahir dalam dunianya. Nelayan telah mahir- musim mana ikan-ikan mudah ditangkap- nelayan telah hafal dan tahu persis lokasi di mana kumpulan ikan bermukim.

Persoalannya sekarang- kenapa kemiskinan masih melekat pada para hamba Allah yang dikatakan nelayan. Jika dikatakan malas- para nelayan sanggup bertarung nyawa merempuh lautan, jika dikatakan tidak sihat- para nelayan terbangun dengan susuk tubuh yang kekar-kekar. Jika dikatakan tidak berpengetahuan- para nelayan telah mahir selok belok lautan.

Kenapa konotasi miskin masih melakat pada nelayan?. Di negara maju, jumlah yang dikatakan nelayan tidak seramai apa yang kita sebut nelayan di negara kita. Nelayan di negara kita merupakan sebahagian besar dari masyarkat kita. Kenapa demikian? jawabnya adalah penghidupan sebagai nelayan merupakan budaya yang diwarisi turun temurun terutama masyarakat yang mendiami pesisir pantai.

Saban tahun jumlah nelayan mungkin bertambah, akan tetapi keluasan lautan dan sungai yang diteroka tidak bertambah- malah bagi mereka yang tergantung kepada sungai- sungai telah hilang maupun sungai yang ada tidak berpenguni lagi.

Saban hari- keperluan akan ikan semakin meningkat- manakala sumber ikan semakin merosot- akibatnya dengan jumlah nelayan yang bertambah ramai dibanding sumber ikan yang semakin merosot- maka akhirnya sumber pendapatan semakin menurun- jawabnya rakyat yang disebut nelayan semakin rendah pendapatannya- dan bukan lagi dapat dikategorikan sebagai miskin- tetapi telah berubah kepada masyarakat daif.

Akibat fenomena ini- mungkin Datuk Musbah Haji Jamli pembantu menteri pertanian dan asas tani negeri Sabah- merasakan bahawa penubuhan persatuan nelayan difikarkan mendesak bagi kampung Sarang , Taburon dan Dudar dalam Daerah Kota Belud semalam. Mungkin melalui persatuan- para nelayan dibantu dalam soal-soal penggunaan teknologi baru dalam usaha untuk mempertingkatkan pendapatan.

Pada mulanya saya agak terkejut mendengar- bahawa sebuah persatuan nelayan akan dibentuk di tiga kampung tersebut, ini disebabkan kampung-kampung ini bukan merupakan kampung tradisi nelayan. Setahu saya- kampung-kampung tradisi nelayan yang berada di daerah Kota Belud- adalah kampung Rampayan laut, kg Rampayan Ulu, Minanga, Kg Tamau, Kg Pantai Amas, Kg Ambong, Kg Kuala Abai dan Mantani.

Rupanya masa telah berubah bagi masyarakat kg Sarang- Taburon dan Dudar,jika dahulu lautan atau perikanan bukan merupakan sumber pendapatan- sekarang menjadikannya sebagai sumber demi menyara keluarga.

Jepun bukan sumber teknologi pada suatu ketika dahulu. Jepun belajar dari Eropah dan Amerika. Walhasilnya- Jepun pada masa kini merupakan pengeksport teknologi yang tercanggih dan maju di dunia.

Apakah kemunculan tiga kampung ini akan berakhir dengan pengalaman Jepun- masa akan menentukan segalanya.

No comments:

Blog Archive