Setakat perintah mahkamah untuk melarang berhimpun atau berkumpul, bagi pihak pakatan inilah peluang yang dinanti-nantikan untuk mencabar perintah-perintah itu. Bagi, mereka kehadiran penguatkuasa undang-undang seperti polis adalah kemahuan mereka. Mereka menjadi seronok dengan kehadiran polis, apa tak lagi jika pihak polis bertindak bersifat kasar seperti penggunaan semburan gas dan kerja-kerja penangkapan.
Budaya ingin ditangkap dan budaya mencabar undang-undang telah ditanam kepada penyokong Pakatan dari awal-awal lagi. Para penggerak parti Pakatan telah mengambil kesempatan dan mempergunakan situasi dan kondisi kelemahan pasukan penguatkuasa yang hanya mampu menangkap dan mendakwa serta menyeksa.
Parti Pakatan berjaya menemukan TITIK kepuasan para penyokongnya, bahawa cara melanggar dan mencabar undang-undang yang dilakukan merupakan cara terbaik dalam usaha memperoleh kuasa dan sokongan rakyat. Di lain pihak, pihak kerajaan yang diwakili oleh penguatkuasa undang-undang hanya mampu bertindak secara fizikal untuk menangani pelanggar undang-undang. Penguatkuasa undang-undang tidak ada cara atau kaedah untuk menakluk minda atau mencuri hati, cuma yang ada, adalah bentuk tindakan yang bersifat aksi yang berpaksi kepada aksi fizikal.
Peranan pihak penguatkuasa undang-undang negara hanya tertumpu kepada kerja penangkapan, kerja-kerja pendakwaan ke mahkamah, kerja-kerja mengurung melalui tahanan ISA, tiada usaha mencuit hati rakyat yang tidak berpuas hati, mencari punca penentangan dan seterusnya mencari punca pelanggaran undang-undang.
Kerajaan tidak selamanya boleh bersandar kepada kuasa-kuasa fizikal yang ada dalam pasukan keselamatan. Kerajaan mesti mencari kaedah dan pendekatan yang jitu dalam usaha mengekang penentangan ini dengan cara menakluk minda dan hati agar supaya kuasa rakyat tidak digunakan untuk menumbang kerajaan.
Kuasa fizikal ini telah pernah dilakukan di negara jiran kita Filipina dan Indonesia pada suatu waktu dahulu, akibat “people power” semua kerajaan yang mempergunakan aspek fizikal ini telah tumbang.
Di Indonesia misalnya, pada suatu ketika dahulu semasa pemerintahan Soeharto dan menteri dalam negerinya adalah Laksmana Soedomo, pernah mengeluarkan perintah “ tembak ditempat” untuk menangani para penentang yang berdemonstrasi, hasilnya ramailah rakyat tidak berdosa berguguran termasuk Omar Baki- pejuang penegak demokarsi Indonesia.
Budaya ingin ditangkap dan budaya ingin dihadapkan ke mahkamah merupakan gejala baru yang melanda negara. Rakyat- yang tidak sealiran dengan kerajaan seperti penyokong Pakatan, tidak segan-segan untuk melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan agar supaya mereka boleh ditangkap. Telah kita saksikan, setiap ada aktiviti yang bercorak melawan kerajaan atau aktiviti berbau politik pihak lawan kerajaan, ada saja penyokong atau pemimpin Pakatan yang ditangkap.
Penangkapan dan tangkap menangkap ini seolah-olah menjadi idola atau “lifestyle” pihak penyokong dan pemimpin Pakatan. Mereka tidak gentar, apakah dimasukan dalam penjara, didakwa maupun ditahan menggunakan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA). Bagi mereka,prinsip hilang satu berganti seribu, patah tumbuh hilang berganti menjadi pegangan.
Tindakan pencegahan melalui penangkapan atau bentuk fizikal lain hanya sesuai untuk pesalah-pesalah kriminal seperti perompak, gangster, pembuli, peras ugut dan sebagainya. Tindakan penangkapan tidak sesuai digunakan untuk urusan pencegahan aktivti politik, kerana semakin keras tindakan yang diambil, maka semakin lantang dan semakin geram dan marahlah mereka. Aktiviti politik bersifat massa, bukan seperti aktiviti gangster yang bersifat bawah tanah yang ahlinya bukan bersifat massa.
Penyokong-penyokong dan ahli politik menggunakan kekuatan massa untuk mencapai matalamat dan tujuan. Tanpa sokongan massa, maka sesebuah parti politik tidak akan ke mana-mana. Parti politik menggunakan minda untuk mencipta idealogi, menggunakan perancangan dan strategi serta kemampuan akal fikirian untuk menanamkan idealogi kepada massa. Penanaman idealogi dilakukan secara halus dan bersepadu, apakah melalui latihan-latihan mental, “ brain storming” serta kaedah-kaedah yang menggunakan fikiran dan mental.
Kuasa mental, fikiran serta akal yang bersifat sentimental dan halus tidak sesuai dilawan dengan cara aksi dan reaksi yang bersifal fizikal yang kasar. Kuasa mental, fikiran serta akal hendaklah juga dikuasai oleh kuasa mental, fikiran serta akal.
Pengalaman kerajaan dalam usaha memberantas pemberontakan kominis di negara ini tidak akan berjaya, jika sekiranya Tun Razak Hussein tidak menggunakan pendekatan mental, fikiran dan akal dengan melakukan lawatan yang bersejerah ke Negara Republik Rakyat China pada tahun 1974.
Melihat gaya dan kecenderungan rakyat yang pro pembangkang yang nampaknya telah siap sedia dan senantiasa siap siaga untuk ditangkap apabila aktiviti politik mereka diganggu, dihalang dengan berbagai undang-undang serta peraturan-peraturan apakah berbentuk perintah-perintah mesti dipandang serius oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan harus sedar mulai sekarang, bahawa kaedah berbentuk kekerasan tidak akan boleh mengekang kesanggupan rakyat pro pembangkang. Pihak kerajaan wajar dan wajib mengunakan pendekatan “ win people mind and win people heart” melalui pendekatan minda, fikiran dan akal.

No comments:
Post a Comment