Apabila ada pilihanraya,biasanya pemimpin mengatakan: calon dipilih adalah calon parti, undilah calon ini kerana kita perlu utamakan parti. Kepentingan parti adalah utama dibanding kepentingan individiu. Apabila ada calon bertanding bukan atas nama parti, maka secara otomatik individu itu akan dilucutkan keahliannya daripada parti. DatukJohn Ghani misalnya, Datuk John Ghani adalah ahli USNO yang tidak pernah bertukar parti, sehinggalah pembubaran USNO dan menggantikannya dengan UMNO. Datuk John Ghani, dilucutkan keahliannya daripada parti UMNO, kerana bertanding atas tiket BEBAS di Kuala Penyu melawan calon pilihan parti BN. Hasil pilihanraya itu, kita semua tahu, berpihak kepada Datuk John Ghani. Selama lima tahun, Datuk John Ghani menjadi ahli bebas Dewan Undangan Negeri Sabah. Pada PRU-12, Datuk John Ghani bertanding lagi atas tiket BEBAS ditempat yang sama, walaupun kalah tipis kepada calon parti BN. Dalam senerio, Datuk John Ghani, pemilihan calon untuk menjadi wakil rakyat, bukan atas kepentingan rakyat, walaupun yang dipilih itu bernama wakil rakyat. Kreteria pemilihan calon yang dipilih oleh parti adalah untuk kepentingan parti. Atas slogan dan kebijakan ini, maka hasil pilihanraya ke-12, ternyata rakyat yang mengundi untuk mewakili rakyat memilih wakil mereka, tanpa memilih parti lagi. Ramai calon-calon parti yang dianggap berkelibar kecundang, ramai pula calon-calon yang dianggap calon “melukut ditepi gantang” oleh parti menjadi wakil rakyat. Presepsi rakyat kepada calon yang dipilih adalah untuk parti terbawa-bawa pada pilihanraya kecil di Semanjung. Ternyata hasil daripada pilihanraya ini, presepsi ini masih lagi membara. Kata orang “ Damage has been done”.
Berasaskan kepada senerio ini, maka pimpinan baru BN khasnya Datuk Seri Najib Tun Razak, menggariskan bahawa pendekatan lama itu tidak boleh lagi diteruskan. Beliau mencadangkan agar pendekatan ini diganti dengan: Perjuangan bukan kepentingan parti tetapi perjuangan adalah kepentingan rakyat. Parti hanya mengemukakan individu yang boleh memperjuangkan rakyat, parti hanya menapis individu tertentu untuk menjadi wakil rakyat. Berjayakah Datuk Najib? jawabannya tergantung kepada keikhlasan sokongan daripada pemimpin di semua peringkat. Siap sediakah pengerusi BN Negeri, Ketua Bahagian parti di peringkat bahagian, ketua-ketua cawangan atau pemimpin-pemimpin tertentu baik diperingkat negeri mahupun setempat.
Dalam organisasi besar seperti BN, disetiap peringkat ada “War Lord” atau “Towkay” parti. Setiap warlord dan towkay ini ada pengikut masing-masing, sanggupkah mereka mengenepikan kepentingan ego mereka,jika tidak diutamakan untuk jadi wakil rakyat? Untuk menghakis perasaan yang melekat ini ada baiknya dari sekarang, mesti diadakan orentasi atau kursus kepada pimpinan-pimpinan parti untuk menghakis perasaan mengutamakan kepentingan individu kepada kepentingan rakyat. Tindakan ini tidak boleh ditangguhkan lagi, mesti bermula dari sekarang, kerana permintaan semula mandat dari rakyat telah diambang pintu. Berjayakah kaedah ini? kecenderunagan sekarang adalah majoriti rakyat ingin mengubah kerajaan. Pengalaman Sabah, tahun 1976, pada masa itu, apapun yang dilakukan oleh kerajaan BN melalui USNO, semuanya tidak diterima rakyat, akhirnya USNO tumbang digantikan oleh BERJAYA. Setelah 9 tahun BN memerintah melalui BERJAYA, rakyat mula bosan dan ingin menggantikan kerajaan pimpinan BN melalui BERJAYA, maka BN tumbang. Senerio ini melanda semenanjung, majoriti rakyat hendakan perubahan kerajaan, walaupun melalui PRU-12 belum berjaya, tetapi mereka tunjukkan melalui pilihanraya kecil, telah empat kosong BN kalah di semanjung. Apakah kebosanan rakyat ini, dapat diubati selama 4 tahun pemerintahan Datuk Najib dan Muhiyidin dengan shaf barunya sebelum meminta mandat semula kepada rakyat? melalui gelanggang rakyat dimana para pemainnya terdiri dari para pemimpin kelas berat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hadi Awang, Tuan guru Nik Aziz, Mr lim Kit Siang anaknya Lim Guan Eng dan Karpal Singh dan Di Sabah ada Datuk Yong Teck Lee?. Presepsi rakyat sekarang, apapun yang dibuat kerajaan adalah untuk kepentingan individu atau untuk kelompok individu yang jumlahnya tidak sampai 5 juta orang. Bagaimanapula nasib rakyat yang berjumlah 22 juta? Persepsi sekarang, apa saja program atau aktiviti kerajaan adalah untuk memenuhi permintaan kelompok sebahagian kecil rakyat, umpamanya melalui pengenalan berbagai stimulus kerajaan skim koridor umpamanya, perkhidmatan bekalan makanan ke Asrama-asrama sekolah, perkhidmatan pemberishan kawasan atau bangunan, perkhidmatan kawalan keselamatan kebanyakan yang mendapat tawaran kerja adalah mereka yang punya kabel dengan pimpinan tertentu baik di peringkat bahagian maupun negeri. Keadaan inilah yang menambah geram rakyat jelata. Kalaupun ya, mereka yang mendapat peluang ini merupakan penyokong kuat kerajaan, pesankan pada mereka, bagi-bagilah dan tempiaskan sedikit kepada yang lain, ikutlah rasmi padi makin berisi makin menunduk, jangan ikut rasmi jagung, makin berisi makin menegak.

No comments:
Post a Comment