Pertama: Saya rasa saya tidak malas. Kenapa saya katakan demikian,sebab routine harian tetap saya laksanakan. Struktur dalam fail meja saya ikuti tanpa celah. Teknik-teknik yang ditunjukajar diikuti tanpa gagal. Jika pejabat kerajaan berurusan lima hari, demikian juga bank-bank, saya berurusan seminggu penuh, walaupun pada hari Sabtu saya sempat melawat anak-anak di asrama yang memakan masa 2 jam seluruhnya. Kata orang, jika kita tidak malas, maka kita disebut rajin. Rajin pangkal kejayaan katanya. Kata-kata hikmah yang sungguh menarik.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah kita mengukur istilah RAJIN. Apakah, apabila pelajar tingkatan 3 yang mendapat 21A dikatakan rajin?. Apakah sang pendaki gunung yang sampai ke ketinggian 8848 meter di atas permukaan laut, dikatakan rajin. Apakah, apabila calon parti yang mendapat pencalonan terrendah, tapi menang jawatan yang ditandingi, dikatakan rajin. Atau, seseorang yang berpenghidupan biasa, apabila mendapat jawatan kerajaan atau swasta secara tiba-tiba jadi kayaraya, dikatakan rajin. Sungguh banyak lagi yang boleh dipaparkan dan boleh dibentuk dalam bentuk pertanyaan. Anda teruskan sajalah.
Hingga kini, saya masih bengong mencari bagaimana mengukur istilah RAJIN.
Seandainya diluar sana mempunyai maklumat bagaimana mengukur istilah RAJIN, tolong tunjukajar saya. Tunjukajar ku sifu.

No comments:
Post a Comment