Monday, November 12, 2018

STATUS SABAH TAHUN 2003 VS TAHUN 2018

Semasa Datuk Seri Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada 27 Mac 2003, beliau mewarisi kadar kemiskinan negeri Sabah yang cukup tinggi, iaitu 30%, simpanan kewangan negeri hanya RM184juta, size ekonomi yang tidak sampai RM40bilion, keluasan hutan kekal Sabah hanya 838ribu hektar, selain kedudukan perekonomian Sabah tercorot dalam negara.

Selepas 15 tahun, simpanan kewangan negeri meningkat kepada RM3.7bilion (meningkat 1,911peratus), kadar kemiskinan Sabah tahun 2016 2.9% (menurun- 934,5 peratus), Size ekonomi meningkat kepada RM80bilion ( meningkat hampir 100%), keluasan kekal hutan meningkat kepada 1.8juta hektar ( meningkat 123 peratus). Manakala kedudukan Sabah naik ke tangga ke-6. (naik 8 tangga atau improved 44.44 peratus).

Dalam persekitaran ekonomi yang lemah, namun kerajaan yang diterajui Musa mampu meningkatkan perekonomian negeri dan seterusnya mencatit rekod membentangkan bajet dua kali ganda daripada RM2bilion kepada RM4bilion.

Apa yang perlu dibanggakan oleh rakyat Sabah, pendapatan negeri daripada kayu kayan bukan lagi sandaran, kerana komponen utama bajet tersebut bukan daripada "core pendapatan" yang biasa yang berlaku dalam negeri.

Apa faktor yang menjadi kejayaan Musa meningkatkan perekonomian negeri? Pengalaman beliau sebagai peniaga yang berjaya, menjadi panduan beliau membangun dan memajukan negeri. Sektor-sektor yang kurang diterokai yang memanfatakan khazanah negeri seperti hutan, gunung, sungai, pulau-pualu dan pantai, serta suku budaya negari yang majmuk dijadikan produk pelancongan, sehinggakan dapat menarik pelancong hampir 40 juta sehingga tahun 2017, dengan resit perolehan hampir RM80bilion.

Menerusi kejayaan kerajaan Bn yang diterajui Musa, kini diwarisi oleh Kerajaan Warisan Sabah pimpinan Shafie. 

Walaupun keadaan ekonomi dan kewangan serta "out looks' Sabah yang begitu positif enam bulan lalu, semasa kerajaan Katak mengambil alih kerajaan, Ketua Menteri Katak membuat kenyataan yang sungguh negatif berkaitan kedudukan kewangan dan ekonomi negeri. Beliau ini, membuat kenyataan membuta tuli, serakap jarang, namun akhirnya beliau menelan ludah sendiri apabila terpaksa menerima hakikat sebenar bahawa perekonomian dan kewangan negeri sungguh kukuh dan mampan.

Perolehan negeri pada tahun 2018 berjumlah RM4.159bilion berbanding, berasaskan kepada angka itu, maka kerajaan ini membentangkan bajet bagi tahun 2019 berjumlah RM4.16 bilion berbanding berolehan yang diunjurkan RM4.27bilion.

Apa yang menarik untuk diperhatikan, daripada tahun 2003-2017, bayaran royalti minyak kepada Sabah bermula daripada angka RM400juta kemudiannya meningkat kepada RM1,606juta pada tahun 2018.

Kerajaan katak yang ada, telah mewarisi kedudukan ekonomi dan kewangan negeri yang cukup kukuh, dan diharapkan kewangan itu digunakan untuk kemakmuran rakyat, dan JANGAN sesekali digunakan untuk kepentingan pemimpin memperkaya diri.

Penulis banyak kali mendengar sejak 6 bulan lalu, keutamaan kerajaan katak, hanya untuk sebahagian kecil segmen negeri dan rakyatnya. Wang peruntukan khas Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian kewangan, hanya untuk orang-orang tertentu sahaja, kerana mereka yang membahagi-bahagikan peruntukan itu hanya satu susur galur dengan Datuk Shafie Apdal.

Rakyat Sabah perlu tahu, bahawa Kerajaan katak hari ini, mempunyai Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri daripada kawasan yang sama, satu susun galur yang sama, satu bahagian yang sama dalam parti politik, manakala Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang bertanggung jawab mengatur peruntukan khas Jabatan Ketua Menteri daripada daerah yang dan juga satu family tree yang sama.

Di peringkat pentadbiraan negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri lebih berkuasa berbanding SKN, kerana timbalan itu sama daerah dengan Ketua Menteri. 

Keadaan sekarang hampir sama dengan keadaan tahun 1985-1994, apabila SKN menjadi patong kepada pegawai bawahan.

Rakyat Sabah perlu bangun menentang kebobrokan ini, kerana ianya akan membawa malapetaka kepada kehancuran. Sabah merupakan negeri yang cukup luas perlu kesama rataan daripada segi kemajuan dan pembangunan, tanpa kesamarataan itu, maka akan berlaku jurang yang cukup lebar, antara kawasan atau daerah.

No comments:

Blog Archive