Tuesday, November 13, 2018

SHAFIE KATA KEWANGAN SABAH TENAT?

Enam bulan lalu, Datuk Shafie Afdal berhujah bahawa kerajaan Warisan Sabah terpaksa membatalkan berbagai projek besar yang dibiayai kerajaan negeri atas sebab keadaan kewangan negeri tenat, malah menafikan bahawa Sabah ada wang simpanan lebih RM3bilion.

Namun pada Sidang Dun Sabah pada Jun, 2018, Shafie akhirnya mengaku sendiri, bahawa setakat bulan itu, Sabah mempunyai simpanan wang sebesar RM3.4bilion.

Kerajaan Shafie patut bersyukur kerana Kerajaan Bn yang ditinggalkan Musa mempunyai kewangan yang cukup besar yang tidak pernah direkodkan sebelum ini, sejak Sabah merdeka.

Akibat simpanan wang cukup mampan, dan sumber kewangan yang teratur, yang telah disusun atur oleh Kerajaan dahulu yang diterajui Musa, maka Bajet negeri di atas RM4bilion, sudah menjadi asas, tidak seperti sebelum 15 tahun lalu, kerajaan negeri terpaksa menjual berbagai aset untuk mendapatkan kewangan.

Landasan Ekonomi yang disediakan Musa, tidak memerlukan penjualan Aset, malah tidak perlu meneroka hutan kekal Sabah, atau menggali arang batu, lalu mengorban "paru-paru" tertua di negara ini, Maliau Basin, Danum Valley serta Lembah Canyon.

Sabah pada keadaan sekarang masih sangat beruntung kerana harga minyak mentah dunia pada USD70 setong, sehinggakan Sabah menerima bayaran tertinggi pada tahun 2018 yang pernah dicatat, iaitu sebesar RM1.606bilion, berbanding anggaran dalam bajet 2018 sebanyak RM1.318bilion.

Sekiranya Kerajaan Sabah masih diterajui Musa, pada Tahun 2019, Bajet Sabah bukanlah RM4.16bilion dengan anggaran pendapatan RM4.27bilion, akan tetapi lebih daripada itu, kerana sumbangan berbagai aktiviti ekonomi seperti projek udang di Pitas, eksport baja urea daripada Samur, sumbangan operasi minyak daripada Syarikat Petrolium Sabah selain pendapatan cukai daripada CPO daripada ladang-ladang sawit bukan tradisi,aitu daripada kawasan-kawasan geran komunal yang mula produktif.

Berasaskan kepada aktiviti itu perolehan Sabah diluar royalti minyak sekurang-kurangnya RM3.3bilion. Apabila jumlah itu dicampur dengan anggaran royalti minyak, maka bajet Sabah tahun 2019, paling tidak RM5bilion dengan anggaran pendapatan sedikit dibawah RM5.5bilion.

Asas kepada pertambahan bajet ini, sebagai upaya memajukan dan membangun Sabah sesuai dengan Halatuju Kemajuan & pembangunan Sabah tahun 2025, kerana pada masa itu, Sabah menjadi negeri maju.

Target utama pada tahun 2025, simpanan kewangan Sabah sekurang-kurangnya RM10bilion. Target simpanan itu, adalah warisan kepada generasi penerus Sabah supaya dapat meneruskan kemajuan dan pembangunan negeri tanpa kekangan kewangan.

Sungguh malang, kerana Kerajaan Sabah tidak lagi diterajui Musa. Sebagai rekod, pada 1 Januari 2018, simpanan kewangan negeri berjumlah RM3,797,467,694 (3.8bilion), diunjurkan pada 31 december 2018 menurun kepada RM3,130,626,146 (RM3.1bilion), manakala pada December 2019 diunjurkan berjumlah RM3,235,443,726 (RM3.2bilion).

Nampak gayanya, target RM10bilion simpanan kewangan negeri, sukar dicapai, memandangkan kekuarangan petunjuk ke arah itu, kerana kerajaan pada hari ini, tiada dasar baru mempertingkatkan pendapatan negeri.

Pendekatan menebang kayu kayan, bukan lah dasar yang boleh membantu peningkatan pendapatan negeri dalam jangka panjang, malah cara itu bukan sahaja menuju kemusnahan, malah akan mempengaruhi resit pendapatan daripada sektor pelancongan.


Pendek kata, kenyataan Shafie berkaitan kewangan Sabah, hanya kenyataan politik yang semberono, kerana FAKTA TIDAK PERNAH BERBOHONG, walaupun manusia cuba menafikannya!!!

No comments:

Blog Archive