Latest News

Tun M Kembali- Mimipi Ngeri Bagi Negara!!!

MEMANG lah dalam permainan politik itu, tiada yang tidak mungkin, semuanya berkemungkinan.

Kalau melihat latar belakang Tun Mahathir, tidak memungkinkan bersengkokol dengan DAP, tetapi itu dahulu, kini mantan PM ke-4 itu merupakan "top dog" parti pembangkang itu. Makna kata, berdekad DAP sebagai parti pembangkang, rupanya, mereka menunggu kedatangan Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin utama.

Demikian juga GERAKAN REFORMASI, 20 tahun para penyokong Dato Seri Anwar, berhujan, berpanas, masuk penjara, menjerit-jerit di jalan-jalan raya, menentang Tun Dr Mahathir kerana memecat, memenjarakan, mencederakan Anwar, kini semua perjuangan mereka itu, bukan sahaja telah dibakul sampahkan, akan tetapi hanyut ke laut.

Bagi rakyat Malaysia pula khususnya rakyat luar bandar dan berada dalam kumpulan B40, kembalinya Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin nombor satu negara, jika PH merampas Putrajaya, akan menjadi mimpi ngeri, kerana bukti menunjukkan selama 22 tahun memerintah, beliau meminggirkan rakyat luar bandar dan rakyat kurang bernasib baik.

Selama 22 tahun, rakyat luar bandar, di Kedah, di Pahang, di Sarawak, di Terengganu, di Sabah, di Kelantan dipinggirkan, malah sehingga beliau menlepaskan jawatan Perdana Menteri, masih ramai rakyat tidak dibekalkan kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih, elektrik dan jalan-jalan raya. Sebaliknya, beliau menumpu pada projek mega di bandar, seperti litar lumba Sepang (kini telah mengehentikan F1, kerana merugikan kewangan negara), syarikat-syarikat mega, seperti Pewaja Steel (kini sudah golong tikar), selalin kehilangan wang bank negara RM31.5bilion, kerana berjudi mata wang asing.

Kembalinya, Tun Dr Mahathir, akan membuka luka lama, seperti pemberian kerakyatan kepada rakyat asing, kerana kononnya, cara itu, bagi menyelesaikan PATI di negara ini.

Namun, apa yang pasti, rakyat negara ini, sebenarnya masih berfikiran waras dan rasional. Rakyat negara ini tidak akan membenarkan pemimpin yang mempunyi rekod buruk untuk kembali. Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu, telah membuktikan, semasa mantan PM ke-4 itu cuba kembali dalam politik Umno, apabila bertanding G-7, namun secara jelas ditolak.

Adalah benar, menjadikan Tun Dr Mahathir calon perdana menteri, bagi kumpulan pembangkang, khususnya PH, memudahkan Bn menang besar dalam PRU-14.

Kerajaan yang dipimpin oleh para pemimpin yang berjiwa rakyat, ada sahaja cara daripada Maha Pencipta memudahkannya.

0 Response to "Tun M Kembali- Mimipi Ngeri Bagi Negara!!!"

Blog Archive