Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, menamakan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan, adalah satu strategi menarik sokongan.
Dengan menamakan mantan Perdana Menteri ke-4 itu untuk PM-7, maka PKR dan DAP yang beria-ia sangat memenjarakan beliau seperti janji pada PRU-13, bukan sahaja menelan ludah akan tetapi kahakpun ditelan.
Pemimpin PKR khususnya Anwar, telah menerima reformasi tahun 1998, telah gagal sepenuhnya, kerana tujuan penubuhan parti itu untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri, dan seterusnya memenjarakan Tun Dr Mahathir kerana kesalahan semasa menjadi Perdana Menteri.
PH, menghitung anak ayam sebelum menetas, dan bersandarkan kepada Tun Mahathir untuk merelisasikan impian menakluki Putrajaya. Mereka tidak sedar, bahawa mantan PM itu sudah hilang daripada radar, menerusi googlepun tidak dapat diakses.
Menamakan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kononnya untuk melaksanakan transformasi politik dalam negara, sama ertinya, menyuruh sang perompak menjaga kedai emas.
Ternampak sangat nafsu PH, seperti lelaki impoten, nafsu ada, tetapi tiada daya.
No comments:
Post a Comment