Latest News

Reformasi Sudah Hanyut

MENARIK ulasan Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Salleh Tun Said menerusi blog beliau DISINI berkaitan GERAKAN REFORMASI.

Rakyat negara ini pada umumnya telah menganggap bahawa Gerakan Rformasi telahpun hanyut ke laut, sebaik sahaja pemimpin mereka akur dan bersetuju mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke-7 negara, jika PH menawan Putrajya.

Bagi mereka yang terlibat Gerakan Reformasi tahun 1998, yang kini diberi gelaran OTAI REFORMASI, bukan sahaja akur, akan tetapi terpaksa menelan ludah, menelan kahak, menjilat najis-najis yang pernah dialamatkan kepada pemimpin musuh utama mereka Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun).

Apa yang malang bagi Gerakan Reformasi, bukan sahaja mereka itu ditikam belakang pemimpin DAP akan tetapi oleh pemimpin mereka sendiri.

Azmin Ali, tidak peduli lagi berkaitan Gerakan reformasi, kerana kerana beliau mempunyai agenda sendiri, mahu menjadi pemimpin utama PKR. Manakala Rafizi yang tidak terlibatpun berkaitan gerakan reformasi, tidak mewarisi semangat itu, Tian Chua, sibuk dengan agendanya sendiri.

Anak Anwar Nurul Izzah, serta ibunya Datuk Wan Azizah, tidak kekuatan dalam perbincangan politik yang penuh dengan tipu helah. Mereka terbuai, terpegun hujah-hujah Tun Mahathir, sehinggakan musuh keluarga Anwar lebih 22 tahun, kini diterima bukan sahaja pemimpin mereka, malah bakal PM.

Kepintaran Mahathir dalam negosiasi, dengan ilmu yang diambil daripada fahaman Machiavelli, melulukan, melunakkan hati isteri dan anak Anwar.

Apa yang tidak disedari, keluarga Anwar, bahawa Wan Azizah walaupun mempunyai kedudukan orang nombor 2, apabila tiba masa akan mengikuti jejak Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghafar Baba dan Anwar sendiri.

Selain itu, keluarga Anwar tidak menyadari, bahawa impian Datuk Seri Anwar menjadi PM, tidak akan kesampaian, kerana Tun Mahathir akan meletakkan anak beliau sebagi pengganti.

Sejak tahun 2006, Tun Dr Mahathir telah merancang, agar anak beliau- Mukhriz menduduki kedudukan utama dalam kepimpinan negara, tak kan pintu terbuka, apabila menduduki jawatan PM dibiarkan sia-sia. Tepuk dada tanya selera.

Penulis bukan sahaja bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Datuk Salleh, akan tetapi, ramai rakyat negara ini juga berkongsi pendapat yang sama.

0 Response to "Reformasi Sudah Hanyut"

Blog Archive