Monday, January 22, 2018

PRU-14: TIADA SEBAB RAKYAT SABAH SOKONG SHAFIE

TIADA sebab rakyat Sabah sokong Shafie. Presiden parti Warisan itu, tiada rekodpun membela dan memajukan rakyat Sabah.

Bagi rakyat Sabah perlu melihat kembali selama 22 tahun, MP Semporna itu diberi peluang dengan berbagai kapasiti di Peringkat Persekutuan, termasuk Menteri KKLW yang mempunyai banyak peruntukan untuk luar bandar.

Cuba bayangkan bagi RMK-9 dan ke-10, hampir RM15bilion dana Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW, namun selepas wang itu habis dibelanjakan, tidak kenampakan impaknya pada rakyat sasar.

Peruntukan KKLW adalah untuk membina kemudahan asas seperti bekalan air bersih luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan raya luar bandar, namun sehingga MP Semporna itu dipecat daripada jawatannya, kemudahan yang seharusnya dirasai dan dinikmati kumpulan sasar, tinggal melopong.

Apabila rungutan rakyat berkaitan kemudahan asas sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri, maka selepas diselidiki, memang dana sebesar RM15bilion disalurkan menerusi KKLW semasa Shafie menerajui kementerian tersebut. Kerajaan Sabah, tidak tahu, ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan, kerana tidak dimaklumkan oleh kementerian itu.

Kini, SPRM sedang menyiasat kehilangan sebahagian dana itu, malah lebih 11 individu termasuk Shafie telah ditahan untuk soal siasat.

Berasaskan keadaan yang berlaku semasa Shafie menerajui KKLW, yang seharusnya beliau perlu membela rakyat Sabah, khususnya rakyat luar bandar, namun beliau telah gagal laksanakan tugas. Bagaimana seorang pemimpin yang telah gagal melaksanakan tugas, perlu disokong, semata-mata untuk menggantikan para pemimpin yang telah menunaikan janji, para pemimpin yang membela rakyat?

Bagai mana rakyat Sabah boleh digula-gulakan oleh pemimpin seperti Shafie? Seperti kata Datuk Anifah Aman, ukurlah baju dibadan sendiri, "walk the talk" lah, semasa ada kuasa, bukannya selepas tiada kuasa, datang kepada rakyat untuk mendapatkan kuasa semula, maka menabur janji bulan bintang, menabur janji retorik.

Rakyat Sabah sudah bersatu di bawah kerajaan Bn. Kerana kebersatuan itu, maka pembangunan banyak dapat dijalankan, dilaksanakan, semua janji-janji ditunaikan. Mengapa perlu bersatu pula, menyokong Shafie?

Shafie kena sedar, tiada sebab rakyat Sabah menyokong beliau, untuk menjadi Ketua Menteri Sabah, kerana berasaskan argumentasi beliau, beliau juga boleh jadi Ketua Menteri. Mengapa rakyat Sabah perlu menyokong beliau jadi Ketua Menteri? sedangkan semasa menteripun, yang hanya tahu membelanjakan wang, gagal melaksanakan amanah yang diberikan. Bagaimana pula beliau boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri, yang perlu mencari dana sendiri untuk dibelanjakan demi rakyat dan negeri.

Alamat lingkup lah Sabah, jika pemimpin seperti Shafie sebagai Ketua Menteri.

1 comment:

Anonymous said...

amacam?? bole telan x state,ment ni skrang

Blog Archive