Latest News

Sabah Larang Nurul Izzah dan Tian Chua Masuk Sabah

1. Dewan Undangan Negeri Sabah mendengar pandangan berbagai pihak di Sabah yang mahu dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang masuk ke Sabah ekoran ada muslihat tertentu dua pemimpin itu dengan pengganas Kiram.

2. Pengganas Kiram yang telah menceroboh Kg Tanduo pada Februari 2013 yang meyebabkan kematian 10 anggota keselamatan negara dan dua penduduk awam.

3. Sebelum berlakunya pencerobohan Kg Tanduo telah tersirat daripada tindakan pemimpin PKR terutama Dato Seri Anwar Ibrahim yang kerap mendendangkan lagu Sabah hilang, namun masa itu, sangkaan hanya bersifat politik, yakni rakyat Sabah akan mengundi pembangkang pada PRU-13.

4. Apabila berlakunya pencerobohan kumpulan kiram di Lahad Datu, Tian Chua pernah berkata, bahawa pencerbohan itu merupakan sandiwara Umno.

5. Selepas tiga tahun, kini terbongkar sudah, rupanya pencerobohan Kg Tanduo ada kaitan dengan pemimpin PKR, kerana pada 9 November lalu di Manila, Nurul Izzah Anwar yang ditemani Tian Chua berjumpa dengan anak Kiram Jacel Kiram dan sempat makan malam bersama, bergambar bersama dengan banner, mendesak agar Anwar dibebaskan.

6. Perjumpaan Nurul Izzah dan Tian Chua dengan anak Kiram, seolah-olah memberi isyarat kepada pihak-pihak tertentu di Filipina, bahawa pembuat dasar di Malaysia bersetuju dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah. Memang dalam catitan sejarah, bahawa Sabah pernah menjadi milik kesultan sulu, namun apabila kesultanan itu sudah pupus, maka dengan sedirinya, apa-apapun yang berkaitan dengannya hanya merupakan catitan sejarah,dan tiada kekuatan undang-undang lagi.

7. Sebagai catitan, kesultan sulu sejak sebelum tahun 1900 telah kehilangan kuasa di Filipina dan selepas kemerdekaan negara itu daripada Spanyol pada Tahun 1949, kesulatan sulu tidak diiktiraf lagi.

8. Walaupun Sabah (North Borneo) pernah menjadi milik Kesultanan sulu, namun selepas Sabah merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963, maka dengan sendirinya pemilikan itu termansuh, walaupun dalam pelembangaan Filipina sendiri, masih tercatit bahawa Sabah masih wilayah negara itu.

9. Era sudah berubah. Rakyat Sabah telah memutuskan bersama Malaysia pada Tahun 1963, dan keputusan itu telah diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Atas sebab itu, sesiapa sahaja rakyat negara ini yang bersengkokol dengan pihak luar, khususnya mereka yang ada kepentingan menuntut Sabah seperti keluarga Kiram merupakan tindakan pengkhiantan terhadap rakyat Sabah, apa tah lagi, terkorbannya rakyat Malaysia kerana tindakan keluarga Kiram.

10. Keputusan Dewan Undangan Negeri melarang Nurul Izzah dan Tian Chua memasuki Sabah, adalah menggambarkan keinginan majoriti rakyat Sabah, agar petulaang yang memperjudikan nasib rakyat Sabah dihalang selama-lama memasuki Sabah.

11. Keputusan DUN Sabah, bukan merupakan keputusan politik, akan tetapi keputusan memelihara kedaulatan Sabah dalam Malaysia. Rakyat Sabah tidak dapat menerima, seseorang atau kumpulan rakyat negara ini yang sanggup memergunakan musuh rakyat Sabah demi kepentingan perbadi, sepertimana dilakukan oleh Nurul Izzah.

2 Responses to "Sabah Larang Nurul Izzah dan Tian Chua Masuk Sabah"

Anonymous said...

PADAN MUKA si ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/RASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS-SOROS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1 ni! Tak habis-habis nak MENGGADAI Negara BERDAULAT, pusaka nenek moyang berzaman kita ni - pada PENJAJAH-amat-KEPARAT; Barat-Zionis termasuk Soros (Barat/NATO sudah diKUASAI si Zionis/ISrael)!

Sedihnya bila aku tatapi gambaq-gambaq para perajurit kita (lihat juga di http://gerakan-anti-pkr-new.blogspot.com/2015/11/nurul-izah-jangan-jadi-judas.html) yang diCINCANG dan diSIKSA dengan amat KEJAM oleh puak PENGGANAS Kiram yang diPUJA si PENGGANAS BETINA-BANGSAT-PKRHOMO ni! Bayangkan KESAKITAN dan PENDERITAAN tak terhingga mangsa-mangsa ni serta keluarga depa!

Jadi sesiapa yang sokong PENGGANAS-amat-JALANG PKRHOMO ni pun sama-sama JALANG!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Orang yg mengkhianati negara patut dilucutkan kerakyatannya. Selagi mereka ada x akan aman negara ini.

Blog Archive