Latest News

1MDB Dijadikan Kambing Hitam Desak DS Najib Letak Jawatan

1. Perkembangan terkini berkaitan 1MDB, apabila Presiden syarikat Kementerian Kewangan tersebut bersedia berdebat secara langsung dengan Tony Pua seorang anggota PAC dan MP DAP Petaling Jaya Utara yang sangat kritikal terhadap syarikat ilham Perdana Menteri tersebut. 

2. Apabila Arul Kanda Kandasamy bersedia berdebat"live" tanpa syarat dengan Tony Pua, rentak MP DAP itu macam berubah, sambil membuat kenyataan bahawa bersemuka dengan Arul bukannya debat akan tetapi "live Show", di mana beliau hanya bertindak sebagai wartawan yang hanya bertanya dan Arul memberi jawapan.

3. Kenampakan sangat, bahawa selama ini Tony begitu hebat mengeritik 1MDB, walaupun jawapan demi jawapan diberikan, namun MP DAP itu ada sahaja putar belit berkaitan dengan sebarang jawapan berfakta yang diberikan oleh pengurusan syarikat MOF tersebut.Oleh kerana tembalang akan terbongkar, maka Tony mengubah "tune".

4. Sebenarnya tiada sebarang kemuskilan besar yang berlaku dalam 1MDB sehingga menggugat kestabilan negara, apa yang berlaku dalam syarikat itu adalah fenomena biasa sesebuah syarikat yang berniaga, iaitu boleh mencipta keuntungan dan boleh juga rugi.

5. 1MDB dijadikan alat atau faktor mengecam pentadbiran DS Najib apabila syarikat tersebut mengumumkan bahawa pada Disember 2014 mengalami kerugian sebanyak RM665 juta, selain berdepan dengan aliran tunai, kerana gagal menerbitkan IPO pada November 2013 dan November 2014. Akibat kerugian dan kekurangan aliran tunai, maka pada masa itu syarikat itu berdepan dengan membayar obligasi sebanyak RM2bilion kepada perbankan tempatan.

6. Kerana berdepan dengan kekurangan wang tunai,walaupun aset yang terakru bernilai RM52bilion berbanding liabiliti RM42bilion, GLC itu memohon suntikan modal daripada pemegang saham utama, iaitu MOF, sebanyak RM3bilion, namun permohonan tersebut ditolak, sebaliknya digantikan dengan standby credit sebanyak RM950juta. Bagi memenuhi obligasi kepada perbankan tempatan, syarikat mendapat pinjaman daripada Ananda Khrisnan sebanyak RM2bilion.

7. Oleh kerana maklumat berkaitan 1MDB diberikan kepada kabinet dalam bentuk FACT SHEETS, di mana maklumat berkenaan syarikat tersebut dipaparkan melalui dokumen tersebut, maka mereka yang mempunyai niat menjatuhkan Perdana Menteri mempergunakannya mengeritik 1MDB dengan menokok tambah sebagai jamuan rakyat bagi menggamit persepsi negatif terhadap Perdana Menteri.

8. Sebenarnya tiada yang pelik berlaku dalam 1MDB, apabila melihat laporan kewangan yang telah diaudit oleh pengaudit bertauliah. Atas sebab itu, apabila Arul menyahut cabaran Tony berdebat tanpa syarat, MP DAP tersebut macam terkedu kerana sebagai anggota PAC, beliau tahu, bahawa Arul dipihak yang benar dan akan bercakap berasaskan fakta, sementara bagi pengeritik hanya bersifat spekulasi dan putar belit.

9. 1MDB benar-benar dijadikan sebagai kambing hitam oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir apabila mendakwa hutang 1MDB sebanyak RM42bilion telah lesap, walaupun kemudian mengubahnya kepada RM26bilion dengan mengambilkira pembelian beberapa IPP yang bermilai RM18bilion.

10. Kerana berbagai dakwaan Tun Dr Mahathir, selain syarikat tersebut telah memperinci liabiliti sesuai dengan aset yang dibeli melalui pinjaman yang dibuat, Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Pada masa yang juga, Bank Negara, SPRM, PDRM dan PAC Parlimen turut menjalankan siasatan terhadap syarikat milik MOF tersebut.

11. Memberi kebenaran memeriksa syarikat tersebut, seolah-olah membuka pintu kepada petualang-petulang yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri meneruskan agenda. Benar juga, separuh jalan siasatan terhadap syarikat tersebut, maklumat-maklumat separuh benar atau yang tiada hubungan dengan syarikat tersebut dibocorkan atau disalurkan kepada pihak media asing, tujuannya selain memalukan Perdana Menteri, akan tetapi dijadikan alat untuk mendesak Perdana Menteri meletakan jawatan.

12. Juga melalui siasatan tersebut, berbagai maklumat yang diperolehi disalurkan kepada media asing, antaranya akaun peribadi Perdana Menteri di Ambank, akaun SRC International, malah pihak media asing membuat lakaran aliran tunai, kononnya sebanyak RM42milion daripada SRC International telah disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri. SRC International adalah anak syarikat MOF, sebelum itu, syarikat itu adalah anak syarikat 1MDB. SRC International telah mendapat pinjaman RM4bilion daripada wang kumpulan persaraan.

13. Belumpun siasatan matang dengan berbagai maklumat yang sahih, pihak tertentu telah merangka melakukan penangkapan terhadap Ceo dan Pengarah Eksekutif SRC International untuk dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan salahguna kuasa, malah menurut perancangan tersebut, DS Najib dijadikan sebagai tertuduh. Tujuan kepada tindakan tersebut, bukan berasaskan kepada maklumat atau fakta betul, akan tetapi pre-judge, untuk membuatkan DS Najib terpaksa meletakkan jawatan. Bagi kes-kes di Malaysia telah banyak berlaku, misalnya kes Tan Sri Kasitah Gadam, kes Dato Saidin Thambi, kes Tan Sri Muhammad Taib dan ramai lagi, dimana berlakunya pre-judge, untuk memaksa seseorang itu meletakkan jawatan. Jawatan politik, tidak akan kembali, kerana jawatan yang ditanggalkan itu akan diganti oleh orang lain walaupun kemudian mereka yang dituduh tersebut didapati tidak bersalah.

14. DS Najib masih mempunyai kekuatan dan masih ada penyokong sehingga mampu memintas konspirasi tersebut, apabila pada 27 Julai menggantikan Peguam negara dan 28 julai mengumumkan rombakan kabinet, termasuk menggugurkan dua orang pemimpin yang disfatkan sebagai gunting dalam liptan.

15. Kini, masa menentukan, bahawa sebenarnya tiada apa-apa yang salahguna berlaku dalam 1MDB, malah wang RM2.6bilion yang dikatakan berasal daripada syarikat itu, disahkan bukan daripada syarikat milik MOF tersebut, melainkan daripada penderma budiman. SPRM tidak akan memperjudikan itergritinya, dan telah menyatakan bahawa wang RM2.6 bilion bukan wang 1MDB. SPRM kini, mahu meningkatkan anggapan umum terhadap agensi pencegah rasuah tersebut, kerana pada Tahun 2009, kadar keyakinan umum terhadapnya hanya 39 peratus, kini telah melonjak kepada 70 peratus, mungkin keyakinan tersebut sebagai impak daripada tindakan agensi tersebut menyiasat kes-kes berprofile tinggi, termasuk Perdana Menteri.

16. Meskipun 1MDB digunakan sebagai Kambing Hitam khususnya oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Mantan TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Mantan Menteri KKLW Datuk Shafie Apdal  yang disokong pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, disokong wartawan veteran seperti A Kadir Jasin serata beberapa mantan pemimpin, tidak akan dapat mempengaruhi Ketua-Ketua Bahagian Umno seluruh negara atau AMT Umno untuk tidak menyokong DS Najib, kerana mereka itu, lebih maklum berkaitan dengan 1MDB.

11 Responses to "1MDB Dijadikan Kambing Hitam Desak DS Najib Letak Jawatan"

Anonymous said...

Kambing hitam kepala otak blogger Apa Yang Tersirat sahajalah.

Dalam isu 1MDB, sila jawab apakah bidang pelaburan yang dilabur oleh 1MDB sebanyak RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit tu? Di manakah pelaburan itu dibuat? Hingga kini tak terjawab sedangkan wang yang terlibat adalah sangat besar, kalau sebuah rumah kos rendah yang kos pembinaannya RM 50,000.00 seunit, maka dengan RM 15.4 bilion tu boleh buat 308,000 buah rumah kos rendah yang kalau dibahagikan kepada seluruh negeri dalam Malaysia ni, setiap negeri boleh dapat 22,000 unit, malahan setiap Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan boleh dapat 7,333 unit setiap satu Wilayah Persekutuan.

Hingga kini ada pernah dijawab ke oleh 1MDB pasal hal ini? Langsung tak pernah dijawab.

Lagi satu pasal pembelian stesen janakuasa elektrik Genting Sanyen, harga pasaran adalah RM 400 juta sahaja, lesen operasi masa dibeli itu akan tamat tempoh lebih kurang dalam dua atau tiga tahun sahaja, tetapi dibeli dengan harga lima kali ganda lebih tinggi dari harga asal, dibeli dengan harga RM 2.3 bilion, sedangkan harga sebenar RM 400 juta, sebanyak RM 1.9 bilion rugi, apakah rasionalnya 1MDB buat pembelian begini?

Ada pernah 1MDB jawab ke soalan ini? Langsung haram tak pernah jawab.

Sila blogger Apa Yang Tersirat jawab soalan ini, itu pun kalau dipihak yang benarlah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Kenapa jgk ipp tanjung energy dibeli pd harga lebih 8 billion sedangkan harga penilaian hanya 400 juta.mana perginya wang tsb.tak dijawab pun.
kenapa 1mdb pimjam dgn ananda krisnan utk settle byrn faeah hutang sbyk rm1b tak dijawab.byk lg kalau nak cerite.

Anonymous said...

Anon 951 dan 1604 ni sape yek, boleh main soal2 fasal 1MDB pulak.Kalau ada bukti apa2dakwaan awak terhadap 1MDB tu buatlah laporan polis. x perlu nak menyalak kat sini berulang2 kali. PAC dan SPRM pun dah kata x de apa yg mencurigakan fasal 1MDB ni. Aku masih percaya kepada ketelusan 1MDB sebab ia diaudit oleh juruaudit profesional setiap tahun.

akmy said...

Baguslah ada orang yang lebih bijak dan serba tahu seperti Abu bin Bakar ni kerana pakar strategi kafir harbi DAP dah tergagap2 setelah cabarannya berdebat disahut tanpa ragu oleh Arul Kanda...bolehlah Abu bin Bakar jadi pembantu kanan Tony Pua dalam debat itu nanti sebab tak ada sesiapa lagi dapat membantu sebab Dr.M pun dah kata.."Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa. Saya tidak punya cukup bukti".Malaysian Insider 10 Oktober 2015”…orang lama DAP Dr Tan Seng Giaw pun dah nasihatkan “jika kamu (Tony Pua) tidak mempunyai bukti, hanya bercakap sahaja, lebih baik tutup mulut”...jadi benarlah isu 1MDB hanya manipulasi politik bagi memburuk2kan kerajaan dan malanglah akal mereka yang terpedaya dengan penipuan...sangat malang lagi ialah mereka yang dalam BN/UMNO merelakan diri dipermainkan pembangkang hingga sanggup mengecam pemimpin sendiri sedangkan 1MDB sedang dan akan memberikan faedah besar kepada rakyat...sedarlah bahawa pembangkang hanya mahu kerajaan gagal membela nasib rakyat agar rakyat turut membenci kerajaan...Justo pun dah nak saman beberapa individu yang beli dokumen curi untuk di spin…elok sangat Tony Pua berdailog ke, berbahas ke dengan Arul Kanda kerana pasti kebenaran akan muncul…Abu bin Bakar bolehlah tolong bagi “point” kat Tony Pua yang sedang hendak “terkucil” tuu..

Anonymous said...

memang belum ada bukti sebab itu siasatan forensik perlu dibuat dan ini sudah tentu makan masa yg panjang kerana melibatkan negara & bank luar. Siasatan PAC tak akan kemana..

Anonymous said...

Apakan Polis, SPRM & PAC akan ke luar negara utk menyiasat syarikat2 yg terlibat dg 1MDB sepeti Aabar, IPIC, Goldman, bank2 dll. Setakat di Msia mana nak dpt bukti. Nik Fahmi, Suboh & JHlow juga Jasmin Loo semua terlibat, setakat ini langsung belum siasat. Arul Kanda sekarang berani bersuara sekarang kerana beliau tahu PAC & SPRM tak akan dapat bukti semua ini. Bak kata SPRM beri masa hingga hujung tahun utk siasat SRC itu pun kalau lengkap, Mamat tiga ekor tengah sembunyi. Cara 1MDB buat bisness memang professional tapi licik, semuanya nampak legal. Rasanya perlu bantuan professioal cari bukti penipuan. 1MDB modal buat bisness 1 juta, hutang 42 billion, tak masuk akal beb..aset 1MDB adalah dua tiga kerat. Ura2 nak jual harta utk langsaikan hutang..last2 nanti habuk pu tada..

UMNO PARTI PENJARA said...



Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak Kebulur Jawatan Dlm UMNO!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<



Singkir Muhyiddin - Puteri UMNO Makin TOLOL Macam Wanita UMNO!!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<



Agenda Busuk Tun M Vs Mukhriz - Karier Politik Najib & Zahid Dlm Bahaya!!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<


----------------------------------------------------------------
Debaran JAN 2016 - Misi 'Adik2 Sayang' MELUDAH UMNO Bermula!!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<
----------------------------------------------------------------

Anonymous said...

OI si anon-anon BANGKAI BABI RASIS HARAM JADAH, lu jgn. nak MENYAMAQlah si PENAKUT oi! lu manyak sedap itu JILAT JUBOQ BABI JIJIK kitSIAL/gong eng/kok/BABIga aaahhhh?!! Lu manyak sedap aahh itu JILAT sama LENDIR kitSIAL/gong eng; sampai muka lu yg. mcm. BANGKAI BABI pun penuh berLENDIAQ aaahhhh Yg. lu nak HINA Bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu termasuk Pakcik-Makcik/Tok-Nek Felda tak habis-habis apasal si BANGKAI-BANGKAI BABI?! Dasar lu si puak JIJIK-nak-MAMPOS-si-PENJILAT JUBOQ BANGKAI BABI!

TANGKAP kit-SIAL/gong eng BANGKAI BABI BANGSAT RASIS!

Tau pula TAKUT bila kita minta SPRM/PDRM siasat PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI-PERASUAH-no 1! Sebab tu depa dok buat demo TERORIS HARAM JADAH BerSHIT RASIS-PORNO-HOMO tu - utk- MENIPU Dunia terutamanya!

Yg. akan diKUBURkan dan diTERAJANG adalah si PENYAMUN/PENGGANAS/LANUN-PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI BABI-amat-BANGSAT-si EJEN/KULI YAHUDI ZIONIS-no-1!

OI si puak KEPARAT BANGKAI BABI ANTI-ISLAM/MELAYU, jangan lu nak MENYAMAQlah oi si PENAKUT-PENAKUT! lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI ni diBAYAQ si TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO utk.”copy paste” komen-BANGANG memanjang aahhh?! Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhh?!!

Apahal puak BABI lu asyik nak MENYIBUK psl. UMNO dan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu kami aahhhh - tapi TAK tak pula lu nak TERLOLONG psl. kitSIAL dpt. DERMA sampai BERATUS JUTA masuk akaun peribadi dia dr. PAPSingaPORK tu, serta DERMA utk. DAPBANGKAI BABI dari JUDI/PELACURAN HARAM dan si YAHUDI ZIONIS - di http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/bila-dap-pkr-suaram-dan-bersih-nak-akui.html , Bila DAP, PKR, Suaram dan Bersih nak akui terima dana dari judi haram, PAP dan CIA?, Posted by The Unspinners at 8/02/2015!

Mahupun NGO-NGO/media-media KERBAU-KERBAU ekoq-ekoq BANGKAI BABI yg.dok MEMBIAK kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-CIA-NATO/ZIONIS-SOROS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 - yg. dpt. DERMA BERJUTA termasuk dr. REJIM-REJIM PENGGANAS Barat-Zionis/ISrael-CIA-Mossad/SOROS - yg. sampai nak MENGGULINGkan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu, UMNO/mana-mana institusi BUMIPUTERA dan KERAJAAN kami di NEGARA ISLAM kami ni (di http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2015/08/yahudi-laknaktullah-hulur-bantuan-untuk.html , YAHUDI LAKNAKTULLAH HULUR BANTUAN UNTUK JAHANAMKAN MALAYSIA!!, USAHA SEKUTU ISRAEL UNTUK PERALIHAN REGIM DI MALAYSIA DENGAN SALURAN DANA BERJUTA DOLLAR KEPADA PAKATAN RAKYAT?, August 03, 2015)!

Jadi baik PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-SOROS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1!

Anonymous said...

Tuan akan lebih berjaya didalam bidang penulisan sekiranya tuan bercakap berdasarkan prinsip dan kridibiliti tuan sendiri. Jangan kelihatan memihak membabi buta dan dalam masa yang sama mahu orang ramai percaya bulat bulat apa yang tuan cuba kemukakan. Kalau hidup hanya kerana hidup - yang ini HAMKA cakap - babi dihutan pun hidup. Biar lah kehidupan kita ini lebih bermakna dari pada babi dan burung burung dihutan. Biar ada prinsip dan harga diri. Bukan lama sangat pun. wslm.

Anonymous said...

Orang yg kerja menyalak tanpa bukti adalah umpama anjing menyalak bukit memang x kan runtuh. Siapa yg buat tuduhan dia kemukakanlah bukti dan buat laporan polis, bukan harapkan orang lain mencari bukti untuk mereka, apatah lagi siasatan pelbagai pihak x menemui sebarang bukti sebagaimana yg didakwa. Malah telah terbukti bahawa tuduhan dibuat berdasarkan bahan curi yg diubah suai. Ini menunjukkan orang yg membuat tuduhan terdiri dari golongan jahat dan dengan niat yg jahat. Sudahlah begitu, tetap berkeras x mahu mengaku dan terus menegakkan benang basah........terasa betapa teruknya sikap mereka ini.............

Anonymous said...

Tony dah angkat bendera putih. Eluklah kalau diganti dengan Abu Bakar untuk berdebat dengan Arul. Abu ni nampak gayanya lebih hebat dari Tony. Semua fasal 1MDB ada dalam genggamannya. Mungkin dia bekas CEO 1MDB. Tony x de kelas sebab pakai dokumen palsu Justo dan jelas fitnah. Cuba tenguk bukti apa pula yg Abu ni bawa.

Blog Archive