Monday, October 05, 2015

Persepsi: Antara DS Najib Razak dan Proton

1. Menurut Tun Dr Mahathir, proton sebenarnya kereta yang baik, kereta yang memenuhi piawaian antarabangsa, malah mempunyai tekonologi yang sebanding dengan keluaran kereta lain di dunia. Oleh kerana persepsi, maka proton kehilangan 'market share" dalam negara. Bagi memulihkan proton, maka persepsi terhadap kereta tersebut perlu diperbaiki. Tun M yakin, melalui R&D dan pelaburan yang besar untuk memperbaiki kualti proton, maka persepsi negtaif terhadap jenama proton dapat diatasi.

2. Namun sebaliknya, persepsi terhadap DS Najib Razak, tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan, melainkan beliau perlu meletakkan jawatan. Tiada cara lain memperbaiki atau memulihkan persepsi terhadap DS Najib, demikian menurut Tun Mahatahir.

3. Sebagaimana kita tahu, bahawa persepsi negatif terhadap DS Najib Razak, hanya berpunca daripada 1MDB dan wang sumbangan berjumlah RM2.6bilion. Untuk 1MDB, semua dakwaan dan tuduhan, sehingga kini, tiada satupun yang betul, melainkan semuanya hanya dakwaan. Fakta yang diberikan berkaitan 1MDB semuanya menyanggah dakwaan, selain menjawab semua kemuskilan berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

4. Berkenaan wang sumbangan RM2.6bilion, SPRM sudah mengesahkan bahawa wang tersebut merupakan daripada pihak tertentu daripada Timur Tengah, dan tiada hubungkait dengan 1MDB sepertimana berbagai dakwaan dan tuduhan.

5. Sesuatu yang belum terbukti, yang membawa kepada persepsi negatif, sudah disimpulkan tidak boleh dipulihkan, akan tetapi, proton yang dialami oleh berjuta pengguna, sehingga membawa kepada persepsi negatif kononnya boleh dipulihkan hanya kerana adanya R&D dan perbelanjaan berbilion ringgit untuk memperbaiki kualiti.

6. DS Najib sudah mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa atau menyiasat 1MDB, demikian juga Bank Negara sudah selesai menyiasat syarikat tersebut. Hanya PAC sahaja yang belum menyiapkan siasatan kerana masalah teknikal, manakala pihak-pihak yang ada tugas menyiasat seperti SPRM, Polis dan Jabatan Peguam negara diberikan kebebasan menyiasat 1MDB sesuai dengan kuasa yang pada badan-badan tersebut.

7. DS Najib sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB, telah meminta tempoh 6 bulan bagi menyelasaikan kemelut 1MDB yang diwar-warkan, khususnya pengurangan jumlah pinjaman.

8. Para pengeritik Najib tidak sanggup menunggu, temuan para penyiasat, sebaliknya bertali arus menyerang, malah kini telah membabitkan media antarabangsa. Laporan media itu, semuanya berasaskan andaian atau anggapan, malah sudah berapa kali di jawab oleh pengurusan 1MDB, bahawa andaian laporan-laporan tersebut tidak tepat.

9. Memang pihak pengeritik 1MDB mempunyai maklumat, namun maklumat tersebut tidak sepenuhnya, malah sebahagian-sebahagian. Maklumat daripada laporan kewangan yang telah diaudit ditokok tambah, malah diubah pengeritannya, dengan melakukan pertanyaan yang bercorak berlakunya salah laku. Semua putar belit itu, hanya bertujuan konsumi surat khabar bagi mengumpul persepsi negatif.

10. Tony Pua dan Tun Dr Mahathir, saban hari memutar belit berbagai maklmuat berakitan 1MDB, semata-mata untuk memburukkan imej Perdana Menteri.

7 comments:

Anonymous said...

Tiada siapa nak burukkan sesiapa..

Tetapi sendiri yg mburukkan diri sendiri..

Bila tubuhkan taskforce.. pastikan siasatannya lancar.. bkn dibubarkan

Bila letakkan satu tarikh hasil siasatan.. pastikan ia tlaksana.. bukan ditunda..

Fikirkan..

Pojy MBSB said...

Penulisan yg memang bercorak penafian semata-mata, tanpa bukti.
Menafikan segala tuduhan negatif ke atas pm dan 1mdb, dgn cara menggoreng ayat dgn ssdap rasa. Sdngkn sbnrnya diri sndiri tu pun bukan tau apa benda pun..

Menuduh maklumat diperolehi TDM dan Tony pua hanya separuh. Tapi tidak menunjukkan pun mklumat penuh.

Ksmpulannya hampir saja sy trmuntah darah saat membaca artikel ini . Mungkin dsbbkan tlalu loya

Anonymous said...

Sepatutnya hadapkan Tony dan Tun ke mahkamah supaya mereka dapat buktikan dakwaan mereka terhadap Najib dan 1MDB. Ini kerana mereka ini terus melalut2 menuduh itu ini bagai x de hentinya, walaupun kebanyakan jawapan sudah ada dan jelas x de perkara yg meragukan.

Jelas mereka ini menghasut terus. Sebagai rakyat saya amat meluat dengan tingkah laku mereka ini. Mereka patut diambil tindakan di bawah akta Hasutan.

Biar mahkamah buat keputusan terhadap isu ini once and for all.

Anonymous said...

Saya pernah 2-3 kali menghadiri forum dan cermah oleh SPRM. Antara intipati yg selalu disebut SPRM ialah sbg individu, kita boleh menerima apa-apa sumbangan atau keuntungan atas jawatan atau kedudukan kita. DS Najib mungkin terselamat kerna ini melibatkan institusi UMNO, tp ianya tidak dapat lari konsep rasuah seperti yang digariskan oleh SPRM. Bersalah atau tidak integriti DS Najib telah tercemar bukan hanya dlm Negara tetapi kepada masyarkat antarabangsa dan amatlah payah utk merubahkannya. DS Najib bukanlah UMNO dan UMNO bukanlah semata DS Najib. PRU13 pun BN menghadapai kemerosotan undi yang teruk, apatah lagi pada PRU14 yang akan dieksploitasikan oleh isu 1MDB dan RM2.3b. Kalau DS NAjib sayangkan UMNO dan perjuanganya, silalah berundur diri. Kadang-kadang tindakan kita dinilai bukan atas apa yg kita buat untuk kita tetapi pengorbanan yg kita buat utk org lain.

Anonymous said...

Anon 1600, PRU13, yg terjejas teruk adalah undi MCA dan Gerakan. Ini kerana Cina telah sepakat menyokong ultra kiasu. Manakala undi UMNO meningkat. Jadi yg patut undur ialah presiden MCA dan Gerakan bukan Najib. Dan yg patut dikritik ialah MCA dan Gerakan.

Disini ingin disarankan agar kawasan yg majoriti pengundi Mejayu janganlah letak calun bukan Melayu. Ini amat menyakitkan hati pengundi Melayu kerana menurut Islam, orang Islam hendaklah sokong sesama Islam.

Mengenai konsep rasuah SPRM, ia patut dikajisemula. Pentakrifan itu mungkin kurang tepat. Sebagai penderma dia berhak menentukan siapa yg nak diberikan derma itu. Kalau dia memang nak bagi Najib, suka hati dialah. Lagipun cuba siasat semua ahli politik termasuk Tun, adakah mereka semua patuh SPRM? Saya bersetuju dengan Najib bahawa dana politik patut diujudkan undang2, jadi semua mesti patuh.

Anonymous said...

tutup je proton ni
mengabiskan duit je
kebumikan bersama mamak
hehe

Anonymous said...

Menang Nombor Ekor bank-in ke Bank Islam maka jadi Halalkah duit tu. Mentaliti orang yg lemah pikiran.

Blog Archive