Wednesday, September 16, 2015

Punca Kelvin Morais Dibunuh

1. Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morias dibunuh kerana terlibat kes rasuah yang dikendalikannya di Shah Alam dua minggu lalu.

2. “Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

3. Suspek utama, seorang doktor, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 52, Ketua Makmal Patology di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah.

4. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

5. Suspek didakwa meminta dan menerima rasuah daripada pemilik syarikat persendirian sebagai dorongan bagi membolehkan syarikat terbabit membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada hospital.

6. Sebelum itu, polis yang menahan tujuh suspek, dibawa seorang daripada mereka ke lokasi kejadian di Jalan Subang 3, di Subang Jaya.

7. “Kami percaya suspek lain digunakan untuk membantu menculik Morais. “Semua suspek kini direman selama 14 hari untuk membantu siasatan,” kata Mohammad Salleh.

8. Dalam pada itu, ahli keluarga Morais sudah melakukan proses pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

9. Morais dilaporkan hilang selepas dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk ke pejabat di Putrajaya 4 September lalu.

10. Siasatan polis mendapati, Morais yang menaiki Proton Perdana diekori empat lelaki yang kemudiannya menculiknya di Bangsar.

8 comments:

Anonymous said...

Saya hanya berharap pihak polis tidak akan membuat pendakwaan hanya berdasarkan 'kepercayaan'sahaja. Mesti ada bukti yang kukuh. Logik kah 'tindakan' Kolonel tentera ini bahawa dengan membunuh DPP Morais kes rasuahnya juga akan ditutup?

Anonymous said...

Apahal pula suspek yang dah disabitkan salah dalam kes rasuah nak bunuh pendakwaraya ni pula?

Kalau dah salah tu tentunya dah dihukum, macam mana dalam hukuman nak rancang dengan begitu teliti untuk buat suatu pembunuhan yang sangat terancang?

Berapa banyak upah yang diberikan kepada para penculik itu oleh suspek (doktor tersebut)?

Apa yang dirisaukan adalah kita tidak mahu lagi satu kes kambing hitam seperti Sirul dan Azilah berulang kembali.

Kepada pensubahat, teruskan bersubahat, hingga mana korang nak bersubahat, kerana di saat nyawa ditarik dari badan oleh malaikat kelak, tentu korang semua akan terkenangkan akan segala perkara jahat yang pernah korang buat selama ini terutama mengainaya orang lain.

Harapnya doktor yang dituduh sebagai suspek itu tidak sakit jantung secara tiba-tiba dan kemudiannya mati di hospital semasa 'rawatan' seperti PI Bala Subramaniam sebelum ini pula sebelum kes ini dibicarakan dan diputuskan keputusannya oleh mahkamah.

Rakyat mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku, ini melibatkan nyawa seorang manusia bukannya hal main-main.

Sedarlah semua.

Anonymous said...

konfidenkan korang yakin bukan Dr tu yg plan...apa seorang Dr tak leh buat pa pe ke??

kelakar la...cerita mcm bukti simpan dlm poket memasing...polis sah2 ada bukti cctv bagai...hahaha kelakar la...

kes sirul azilah tu pun...sampai skrang mamat kat australia tak buat apa2 pengakuan pd sesapa hatta pd peguam sendiri...mmg dia yg membunuh...bukan yg bg arahan membunuh...hahahaha yg bg arahan plak terlepas sbb peguam dia bijak...sbb yg bg arahan tak bg arahan secara jelas...cuma kata secara general aje..adoi..kesian...

-smh-

Unknown said...

Gila. Gila buat andaian. Dah la gila, bahalul pulak tu, hahahs

Unknown said...

kami sebagai orang awam tabik hormat kepada pihak polis yang dapat mencari penjenayah dalam masa yang begitu singkat sekali.teruskan usaha anda yang cemerlang ini.For a few scape goat in your forces, we realistically accept it.

Anonymous said...

Pelik betul dengan si Abu Bakar ni. Komen dia selalu X de yg lojik dek akal. Sakit jiwakah hang ni? Biarlah polis jalankan tugasnya. Tahniah, polis Malaysia memang cekap. Patut2 siasat juga si Abu ni kerana selalu sangat menghasut, apa yg x kena agaknya yek?.

Unknown said...

Saya sepndapat dengan anda

AJ said...

Saya bekerja dengan Dr tentera tu. Jangan buat sebarang spekulasi, jika kalian hanya mengenali beliau melalui media massa. Saya amat yakin yang beliau tidak bersalah. Jika anda mengenali beliau, anda juga akan faham mengapa saya berkata sedemikian.

#justiceforDrk

Blog Archive